Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Demam Final :'(
29 September 2012 | 0 Possible[s]
Oke sekarang aku kat rumah ! jyeah home sweet home. Balik rumah last minit punya plan sekarang dah masuk study week ! tinggal lagi berapa hari je dah nak final! see? final make me scary oke ! damm it ! -.- kenapa wujudnya perkataan FINAL?? aku tak suka oke! :/ 


See? nampak apa yang ada kat atas ni? Tu namanya BUKU ! Ulang suara BUKU ! ada buku business math, pengajian malaysia, SKK, prinsip pengurusan,ENL pilih je yang mana semua aku angkut bawak balik rumah. Kali ni aku balik memang berkepit je dengan buku. Sampai tertidur dengan buku pun ada jugak :'D

Seriusly ! wa tension oke ! jiwa kacau ni ! dengan carrymark teruk gila ! nak kejar markah final memang tak boleh. Tak mustahil aku bole betul semua masa final -.-' tula masa ada quiz test semua aku buat main2 sebab tak tahu markah2 ni semua bawak pergi final. Kalau aku tahu tak akan aku main2. Sekarang nak menyesal pun tak guna nasi dah jadi buburkan? so redha je oke! 


See my face like !!!! Aku serabot oke . serabot natang beruk. Seriusly aku takut sangat bile kena repeat paper or sem ? mati oi ! membazir masa je. Kenapalah aku ni lembab semacam je ? dulu kecik2 pandai tak nak kekalkan kepandaian tu ! dah besar merana hidup oi. 

Korang jangan nak tenung pulak muka aku lelama ! aku tahu buruk sangat ! tapi ada aku kisah ? nak lepas kan tension aku bukak fb, twitter, blog & lagu tu je ah yang aku tahu. sat lagi nak sambung baca buku balik. Risau sangat2 . hope semuanya berjalan dengan lancar. AMIN !! :')


Thank You :')
25 September 2012 | 0 Possible[s]

Malam tadi masa aku tengah baring sesorang atas katil tiba2 fon aku berbunyi. Entah kenapalah malam tadi aku tak boleh tidur padahal mata dah kelat sangat. Tapi nasib baik kelas aku lambat kan , kalau pagi matilah oi ! memang mintak tidur kat kelas lah. HAHA. Puas aku pejamkan mata aku ni tapi still tak nak tutup tiba2 aku dapat mesej dari dia. Yes ! dia HAFIZAIZAT :').

Mesej dia ringkas je just "Askm, dah tidur ke?" entah kenapa jari aku ni cepat je nak reply mesej di. Selalu bila dia mesej aku tak layan kalau layan pun aku marah2. Tak banyak cerita pun yang ktorang cakap just tanya pasal study :')

Dia cakap kat aku dia dah berisi sekarang ! so alhamdulillah dia sihat makin gemok kan? HAHA. Pipi pun montel baguslah dia lagi bahagia lepas aku tinggalkan dia. Bila aku cakap "orang tinggalkan awak terus gemok awak kan. awak bahagia" mungkin dia hanya nak sedapkan hati aku dia cakap "kat sini bosan tak tahu nak buat apa, makan jelah"  oke fine yang penting dia sihat tu sudah cukup. 

Dia jahat ! sama macam dulu tak berubah suka usik aku ! he call me 'beruang' how dare ! dia cakap dia gemok sebab nak lawan dengan aku. Kuang ajor oke :') Tapi sokeyh dia gurau memang kasar aku tak amik hati pun. 

Dalam pukul4 pagi macam tu baru aku stop text dengan dia. Aku rasa sedih bila dalam text dia cakap macam ni :

"Good night ea awk.. sweet dream.. 
mimpikan **** ea. huhuhuhu..
Jaga kesihatan diri bebaik.. jaga semua..
nk exam kan nanti.. k papai..
Mmuuahhx!!"

*bkn kiss awk oke.. kite kiss beruang :p*

Dia buat aku gelak sesorang oke ! aku tertanya2 apa yang dia maksud kan ****. Bila aku tanya dia cakap tu maksudnya "KITE" maknanya dia suruh mimpikan dia. Funny oke ! HAHAHA :')
And then dia bagi text yang ni pulak 

"Coop !! kirim salam beruang oke.. Orang sebenarnya
rindu sangat2 dia.. tu je. Sorry for everything and my fault :'("

"Kalau awak nak tahu satu gambar awak pun org xde delete
dalam fon ni :')
setiap gmbr ada cerita,, org taknak hilangkan episod tu..
huhu.. dala awak tidur lah k bye..
nnti nak beli patung beruang ley pyok buat tido nanti :p"

Oke ! dia memang sengaja buat aku macam ni ! suka kenakan aku . Dia pun sama oke sekarang macam beruang. Geram gila dengan dia ! -.- 

Dan aku tak sangka dapat text dari dia pepagi buta ! dalam pukul6 lebih dia text aku say good morning

"Selamat pagi beruang ! hihi!!
Lama tak wishkan :')
Thanks pasal semalam.. rse mcm mimpi"

Aku pun rasa macam mimpi ! tak pernah aku layan dia sebaik tu lepas ktorang gadoh . Terima kasih jugak pada dia buat aku hilang rasa takut tu. Mungkin dah tiba masanya aku berbaik dengan dia? ?
Tapi tak akan secepat yang ini oke ! aku perlukan kekuatan yang banyak. Aku tak sekuat yang dia sangka kan, Aku sangat lemah :')

I miss that momet
23 September 2012 | 0 Possible[s]
Selamat tengah malam you alls ! adakah anda belum tidur lagi ? oke sumpah malam ni aku tak boleh tidur tapi mata dah ngatok gila. Puas aku kejam mata ni rapat2 tapi yang aku dapat hanya sia2. Aku terus tak jadi nak kejam lagi bila secara tiba2 otak aku teringatkan 'si dia'.

Actually tadi aku kejam mata sambil dengar lagu. Tiba2 lagu 'Bila Aku Jatuh Cinta' tu keluar pulak kat musicplayer aku ni. Secara automatik aku teringatkan dia. Yes dia! dia yang aku kenal selepas aku dikecewakan oleh bf aku. Tak payah lah aku nak cakap siapa yang aku maksud kan tu . Kalau korang rajin stalk blog aku korang mesti tahu siapa yang aku maksudkan sekarang :')


Dulu every night every day aku text dengan dia. Before tidur mesti texting ! bila dah bosan texting mula lah masing2 buat super saver. mula2 dia buat lepas tu baru aku pulak yang buat. Bila bebual mesti ada je dia nak bahan aku. Memamg masa tu berapi je hati kan. Memalam kena bahan. Tapi gurauan dia tu lah yang membuatkan aku RINDU kan dia ! Ulang suara ! RINDU kan dia ! :')

Dan aku masih ingat bila ktorang OTP dia nyanyikan aku lagu ! Dan lagu tu bertajuk 'Bila AKu Jatuh Cinta' sumpah ! sweet gila masa tu dia. Sampai dia cakap "mesti dia cairkan bila dengar orang nyanyi" masa tu tak kan aku nak mengaku kan ? tapi kenyataan memang aku cair bila dengar dia nyanyi untuk aku. Dan sekarang 3bulan aku tak dengar suara dia :')


But now ! every night every day aku hanya mendengar lagu. No text no call ! sadlife oke! Kadang2 life aku ni memang bosan dan sangat membosankan ! tapi apa boleh buat aku yang nak kehidupan macam ni. Aku tak bersedia lagi nak cari pengganti. Bagi aku belum masanya aku nak ada relay dengan someone. Aku takut dengan relay sebab aku tak nak perasaan tu datang lagi. Perasaan 'SAYANG' boleh membuatkan hati aku terluka lagi. Cukup lah sekadar parut di hati ni yang ada :')


Dulu aku main mesej sampai tertidur tidur bila aku tak balas text dia dia akan call dan aku sedar nanti mesti dia cakap "awak tidur ea?' dan masa tu jawapan aku adalah "taklah tadi orang kat dapur" lepas dia letak call ktorang akan mesej sampai ke pagi. Aku tunggu dia tidur baru aku tidur. Aku rindu masa aku dengan dia! :'( . Tapi sekarang sebelum tidur aku hanya dengar lagu sampai lah aku tertidur bila aku sedar aku akan offkan lagu tu. Kadang2 sampai habis bettery! bila bangaun pagi je cepat2 cas fon takut fon mati dalam kelas :'D

Inilah kehidupan aku yang sekarang ! tapi aku bersyukur even aku dengan dia dah tak ada apa2 dia tetap bahagia ! dan itulah yang aku mahukan . Aku pernah cakap pada dia "kalau awak bahagia saya bahagia" see ternyataa dia lebih bahagia tanpa aku dalam hidup dia. Aku tak kisah dia nak cakap aku bukan2 even kata2 dia tu kadang2 membuat aku rasa macam nak nangis ! tapi apa boleh aku buat aku tak ada hak nak marah :')

Andai kata awak terbaca enrty ni saya cuma nak cakap sayang saya pada awak dah hilang, tapi rindu saya pada awak susah nak hilang. Saya tak kisah awak nak buruk2 kan saya macam mana sekali pun asalkan awak bahagia. Orang tak pernah buruk2 kan awak. Rupanya awak lagi BENCI orang daripada orang BENCI awak :'). Salah silap awak pada saya , saya dah maafkan awak. Alhamdulillah saya boleh hidup tanpa awak. Sebab saya ada FAMILY , saya ada KAWAN & saya ada ALLAH.Mereka boleh jaga saya dengan baik. You take care oke ! dah lama tak panggil awak 'Budak Gedik' 'Budak Gembeng' 'Mr.HelloKitty'. Terima kasih datang dalam hidup saya selama 4bulan :')


Salam Sayang

IeraMohd 


Final :')
21 September 2012 | 0 Possible[s]
Hallo semua ! malam ni ntah kenapa aku rajin sangat 
nak update blog ni.
Padahal semalam aku baru je update kan.
Actually kali ni entry ni pasal nak exam ! 
Final exam untuk semester 1 
Gilak bapak ah ! 
-.-'


Sepatutnya sekarang memang dah kena hadap buku 
tapi aku still tak hadap lagi 
kalau hadap buku pun setakat nak selak2 je. 
Sumpah aku cakap !
aku tak sedia nak final lagi !
gila lah siak ! 
Lagi2 subjek akaun
memang susah nak mampos! 

Aku dah tak boleh balik rumah lagi 
kalau nak balik pun lepas habis final! 
see? lama oke aku tak jumpa family aku nanti. 

Haritu aku ada call mama cakap nak balik 
niat aku nak balik before aku exam
nak jumpa mama papa adik2 semua
tapi aku kecik hati dengan mama bila dia cakap 
"Tak Payah Balik!"

Agaknya mama suka aku tak balik kot!
urm, cuba mama kat tempat aku 
apa dia rasa ?
tak jumpa family semua 
setakat duduk kat sini 
just ada kawan je . 
kawan pun bukan semua yang faham kita.
Brr!

Tapi tak kisah lah aku malas nak gaduh dengan mama 
so better aku diamkan diri je.
Lagi2 nak exam kan kena lah banyak kan bersabar
dia mak mesti dia tahu 
apa yang baik untuk anak.

 

Untuk final ni aku kena amik 
6 paper oke ! 
banyak gila ! dah macam exam kat sekolah !
tension den -.-'


Hope lepas ni aku boleh fokus dengan study aku 
aku risau kena repeat paper semester 2 nanti.
Before aku exam 
aku update blog lagi oke !
hope korang doakan aku oke 
jasa baik korang tak akan aku lupa sampai bila2. 




Salam Sayang 

IeraMohd 

Desaru :)
20 September 2012 | 0 Possible[s]
Hallo ! apa khabar semua? sihat ? dah makan ? sekarang waktu lunch time
so aku ada masa nak update blog ni
sat lagi nak continue my assignment pulak.
Lately ni aku busy gila ! dengan kelas assignment lagi 
sampai nak online 'mukabuku' 'burung biru' pun tak ada masa 
maklumlah aku dah nak final.
Muka aku pun sampai berkerut kerut !
bak kata housemate aku 
muka 4flat -.-'
Actually dorang ngajing aku je tu ! 
biadap masing2.
Haha. 

Oke hari tu lepas habis kelas 
aku, anim & nas budak classmate aku ni sebok sangat nak merayap !
sebab duduk rumah tepu nak mampos ! 
so ktorang plan nak pergi Tanjung Balau
tapi amat mendukacitakan sebab pakcik bas ikan tu tak nak hantarkan
so ktorang pergi desaru
dengan tambang rm1
murahkan ? jangan jelly ! 


Merenung masa hadapan. 
haha ! 


Senyum senyum jugak ! hati tak ada sorang pun 
yang tahu :')


Candid time ! 
Kita jalan2 dengan CRUSH kite
HAHA.


kiri anim tengah aku kanan nas !
aku paling gemok 
:'/


Peace ! :)


Inilah classmate aku !
dia pakai besi 
:p


1,2,3 
Klik ! :D


Senyum 
:)


Smile 


Smile lagi 
:)


kite main air 
:)




with nas 
:)


bayang bayang 
:)


kite main air 
:)


Tenang fikiran bila tengok laut 
:')


lompat lompat 
main air 
:D


Anim cakap kite berat sebab tu tak boleh lompat !
kuang ajor ! 
:/


:)


Candid


Candid


Candid


On the phone dengan mama 
:)


Hilang tension bila pergi sini 
:)


Anim ! bajet comel ah 
nas tayang gigi
aku still comel 
HAHA -.-'


Cahaya matahari 
:)


Anim & nas 


Kaki penuh pasir 


Aku sentiasa tersenyum 
:)


See ? nampak kegemok kan aku 
:'(


Anim muka jangan nak bjet sangat !
HAHA

So korang dah tengok kan gambar aku 
pergi holiday untuk beberapa jam ni ?
HAHA . 
Tak dinafikan hilang jugak sikit tension ni !
lagi2 nak final kan ?
macam2 fikir. 

Nanti ada masa kite jumpa lagi oke ?
Salam sayang dari saya 
IeraMohd  <3 
:)

Kenangan Kembali
15 September 2012 | 0 Possible[s]
Entry kali ni agak tersentuh sikit perasaan bagi aku lah
Title pun : Kenangan Kembali :')
So apa yang korang nak tahu pasal entry kali ni ?
Sat lagi cek cerita noh *minum air teh ais*
:D

Oke tadi ex boyfriend aku yang 3tahun lepas tu datang rumah aku.
mula2 tu dia just text aku tanya aku kat mana then aku jawab dekat rumah 
lepas tu dia cakap nak "nak datang raya boleh? lama tak jumpa awak"
entah lah kenapa tiba2 aku boleh jawab "datanglah orang tunggu" 
memang pelik gila aku harini ! 
selalu kalau dia call or dia text aku susah nak layan.
mungkin aku tengok ada perkataan nak raya tu kot. 
HAHAHA.

Dia datang aku bukak kan gate untuk dia
then dia tengok muka aku , aku tengok muka dia
lama lah jugak mata bertentang mata
aku tanya dia "hoi ! asal tengok2 orang hah? masuk lah panas lah kat luar"
dia boleh gelak2 tengok aku.
dia pun masuk salam dengan mama semua
entah apa yang dia bualkan dengan mama pun aku tak tahu
sebab aku pergi dapur buat air untuk dia.

Adalah dekat satu jam dia duduk kat rumah aku tu 
tiba2 dia pijak kaki aku 
aku tengok muka dia baru nak marah dia dah cakap 
"awak jom keluar nak? pergi jalan2"
Tanpa banyak kata aku terus jawab
"jalan? boleh ! jom ah"

Then dia mintak izin dengan mama semua cakap nak bawak aku keluar
tapi kali ni memang sweet !
dia siap bukak kan pintu kereta lagi untuk aku
selama 1tahun 5bulan aku kenal dia 
dia tak pernah buat macam tu
aku tengok je muka dia masa dia bukak kan pintu tu
"masuk lah budak ! tengok muka orang pulak! kenapa? rindu ea?" 
Terus aku cubit tangan dia malu kot bila dia tegur macam tu
"mana ada rindu ! nyampah ada lah. maseyh bukak kan pintu"


Bila dah berdua dalam kereta rasa macam lain kot !
aku terus jadi diam tak cakap sepatah pun
tiba2 jadi malu bila berdua dengan dia
tiba2 aku dengar dia cakap
"nak pergi mana? cakap lah orang bawak"
memang tak tahu nak pergi mana masa tu lama jugak aku diam 
sampai dia tengok muka aku 
tiba2 keluar ayat ni "pelangi indah nak? lama tak pergi situ"
tanpa banyak cakap dia drive pergi pelangi indah 
lepas park kereta kitoang jalan2 kat situ


tiba2 tangan dia dengan aku bersatu !

APAKAH ???
-.-

Aku cuba untuk melepas kan tangan aku tapi aku tak mampu
sebab dia gengam tangan aku kuat sangat ,
Dan dari situlah bermula kenangan2 yang lalu.

Masa aku jalan2 tu dia cakap 
"Awak dah lamakan kite tak jalan sama2, dulu kite selalu jalan sama2 everything 
yang kite buat mesti sama2."
Aku hanya mampu tersenyum je masa tu dalam hati berkata *kenapa budak ni cakap macam ni hah?*
Then dia cakap lagi kisah lama ktorang
"Dulu masa datang sini awak selalu mintak icecream kat saya kan? kite makan icecream sama2
awak makan icecream selalu comot kadang2 baju saya jadi mangsa awak" 
Dalam hati aku *dia ingat lagi semua ni? ya allah kenapa dia ingatkan lagi* :')
Dia terus bercakap aku hanya mampu membisu 
"awak ingat lagi masa kat sinilah kita gaduhkan? awak mintak phone saya tapi saya tak bagi
bila awak dapat perkara pertama awak bukak adalah inbox saya
dan masa tu awak kecewa bila tengok saya text dengan girl lain, tapi masa awak bagi phone 
awak still tersenyum lagi tapi saya tahu awak sedih" 
Aku bengang gila dia ungkit kisah lama tu ! apa motif dia nak buat semua tu?
oke aku dah tak tahan then aku bersuara
"Stop it oke! benda dah lama buat apa ungkit2? kisah kite dah 3tahun berlalu awak
3tahun tahu ! bukan 3hari!"
Mungkin dia tahu aku marah pada dia then dia ajak aku duduk kat bangku kuning tu
lama jugak ktorg diam sebab hati aku dah bengkak je ! dengar dia cerita kisah2 lama
aku bukan tak suka aku cuma tak nak dia tengok airmata aku lagi tu .
Then dia bersuara lagi
"awk ada rupa kenapa sampai sekarang tak ada pengganti saya? saya dah pun ada pengganti awk
jangan tutup hati awk untk lelaki iera, bukan semua lelaki macam saya. saya ngaku 
saya tak pernah jaga hati awak. masa saya kat kolej saya selalu abaikan awak"
Sekali lagi dia cakap kisah dulu! tapi kali ni airmata aku dah tak menitis bila dengan dia
kuat semacam je aku kali ni . HAHA.
Oke mungkin dia dah sedar kesilapan dia selama ni aku pun 
dah tak marah dengan dia aku hanya mampu cakap pada dia
"awak benda dah lama jgn ungkit2 yerk ! awk dah bahagia dengan gf awak saya bahagia macam ni
jodoh awak sampai dulu jodoh saya belum sampai"

Lepas aku cakap macam tu aku terus ajak dia bangun kononya nak jalan2 lagi 
amik udara segar kat taman tu tapi perut aku bunyi pulak 
"awak ! g makan nak ? orang lapar lah"
dia boleh senyum2 tengok aku , aku dah lah lapar nasib baik perut tak bunyi kuat
haha.
"lapar ? jom. nak makan ap? urm org tahu dia nak makan apa"
sampai kat kereta dia bawak aku pergi makan 
PIZZA HUT !
dah lama oke tak makan pizza! macam tahu2 je aku nak makan pizza
haha .

Sampai dalam pizza aku pelik dia tak duduk depan aku
dia duduk kat sebelah aku.
aku tanya dia "eh knp duduk sebelah orang? duduk depan orang lah"
dia boleh jawab "knp nk suruh org duduk depan dia? nak tengok muka org ea?"
Pakyee ! malu oke dia cakap macam tu! bapak ah ! macam nak sorok je muka ni
bawah meja. aku jeling dia , dia cakap
"alar malu lah tu! haha. awak tak ingat ke masa dulu saya duduk depan awak,
awak marah . awak cakap awak malu bila saya asyik tengok muka awak je"
Amboi ! bukan main sedap lagi dia kenakan aku ea! tak akan aku boleh lupa bila aku cakap macam tu dengan dia aku paling malu dia duduk depan aku lagi2 time nak makan. Hahaha 
aneh2 je aku ni. 
"Tu dulu ! sekarang tak oke , jangan nak perasaan sangat lah"
Ceh dengan beraninya aku jawab macam tu kalau betul dia 
duduk depan aku tadi mati lah oi !
elak tak makan je aku nanti . huhu.

Aku tengah sedap2 makan tiba2 aku perasan dia tengok aku 
mula2 tu tak kisah ah sangat ! lama2 tu kisah 
sebab apa aku kisah ? sebab pizza kat pingang dia tu tak bercuit
aku tengok dia "eh apa tengok2 ? tak nak makan ke?"
Dia senyum je bila aku cakap macam tu ! untuk pengetahuan korang 
ex bf aku ni memang suka senyum.
"Dulu kite suka makan sama2 kan? awak selalu marah saya sebab saya makan sikit
sebab tu saya kurus! dah lama tak tengok awak makan. urm, lapar lagi tak?
makan lah lagi"
Baru nak marah dia dah sumbat pizza kat mulut dia. Kan tak baik nak marah 
orang tengah makan. aku pulak yang tak selera nak makan bila dia cakap macam tu
Tapi aku terharu dia masih ingat lagi kisah2 kami even benda tu 
dah lama tapi dia still ingat lagi.

Lepas pergi makan dia hantar aku balik 
sebelum turun tu aku sempat cakap kat dia 
"thanks bawak org jln2 mkan lagi! awk knp dulu awk tak mcm ni?dlu sya harap sangat awak 
berubah, kenapa masa kite tengah banyak dugaan awak tak pertahankan relay kite? 
awk biarkan sye sorang2 je. sekarang awak pun dah bahagia bagus lah . mungkin
sye tak boleh buat awak bahagia masa dulu. Dulu mungkin sya berharap semua ni pada awak
tapi org sedar sampai bila nak harapkan awak je? apa2 pun awk baik harini dgn org
org terasa macam kite dulu2 even sekejap tapi org happy"
Bila cakap macam ni pun aku mampu tersenyum lagi
padahal airmata dah nak meleleh ni 
dia amik tangan aku dan dia cakap
"org byk buat slah dgn awk iera , maafkan org. org sedar org tak patut buat semua tu kat awak
tapi nak buat mcm mne benda dah lepas. dan org pun happy dpt keluar dgn awk
selama ni awk tak pernah layan org kalau org text or call, mungkin
awak fikir sebab org ada gf. org tahu awk tak suka kacau bf org 
awk baik . jaga diri ea my(mummy) dah lama tak panggil awak macam tu kan? dy(daddy)
tak pernah lupakan my. ada masa kite keluar lagi"

Lepas dia cakap macam tu aku nampak airmata dia keluar.
dan aku cepat2 keluar dari kereta tu. aku tak sanggup nak tengok dia lagi


Masuk rumah terus masuk bilik masa tu lah airmata aku menitis.
Lepas 3tahun aku baru berani nak semuka dengan dia
dulu dia yang aku kejar2 
dulu dia yg aku sayang siang dan malam
dulu dia yang aku rindu 
dulu dia yang selalu teman aku
semuanya dia !

Tapi sekarang 

"Dia Hanyalah Kenangan"






I will Miss You :')
7 September 2012 | 0 Possible[s]
Entry kali ni khas aku buat untuk 
adikk kesayangan aku!
Siapa lagi kalau bukan budak ni kan


Jyeah ! 
My lovely adikk suria nadia .

Budak ni kena pergi 
PLKN 
Dekat batu pahat
before dia pergi aku tak dapat balik
sebab ada kerja sikit .

Oke sue i just want tell you 
i will miss you sygg !
kau jaga diri oke kat sana 
jangan nakal2 tau .
kalau dorang buli kau 
bagitahu ktorang semua !

Ingat kalau dah dapat fon tu 
text tau ! 
aku nak tahu apa yang kau buat kat sana tu.
HEHE.
Aku tak risau sangat kau pergi 
sebab ada ajai kan ?
Ehem ehem ehem !
dia boleh jaga kan kau untuk ktorang semua. 

Mana lah tahukan sue 
tiba2 mata bertentang mata dengan dia.
AMIN !!
aku bersyukur sangatkan.
HAHAHA.


Ingat tau sue ! 
jangan lupa aku kat sini. 
Meyh sebelum kau pergi aku cium kau sikit!
nanti lama tak jumpa kau dikk oi.
EeMmUuUaAaHhH !
Sue jangan nangis tau.
Nanti nangis tak comeyy dah. 


I MISS YOU 
SURIA NADIA
:')

Awak Lagi :')
4 September 2012 | 0 Possible[s]

Malam tadi aku tidur awal ! 
so phone pun silent 
Dan aku bangu je terus capai phone aku kat tepi 
aku dapat 5mesej 
1. Mama
2. Maxis 
3. Hmmm
4. Anith 
yang ke lima ni memang aku sedih sikit !
DIA text aku lagi . 

He says 
"maafkan org coz kacau.. Org rinduuu sgt dkt awk.. X tau
kenapa? Hurmm.. Mungkin dah x lama lah tu.. 
Gambar awak still ade dekat wallet org!!
Sorry tau :'(
Gud nite n sweet dream.. tc oke !
Maafkan sye ea awk.. Bye..

Awk ingat x? sye cerita tentang bulan dlu?
skrg bulan penuh.. bulan bbm sye bgitahu.. awak sehat..
dan sebenarnya awk rindu org jugak..
Hehehe *perasan kjp :(
sorry.. 
awk lepas kte dah tak kwn kan?
sye dah xde buat super saver lagi :(
awk lah yg ajar sye buat super saver.. sblom ni x pndai pon..
huhuhu.. teringin nak buat lagi :(
boleh tk? hurm, tk ley tak apa .. sye faham..
sye bkn laki yg baik.. k lah wak makin mengarut org memalam
meleleh jgk kang nanti . sorry tau .. xmo marah..
k papai.. askm :')"

dua tiga kali aku baca text dia !
dalam bas aku baca !
before masuk kelas aku baca 
aku still tak reply lagi text dia 
perlukah aku balas text dia ??



Kenapa awak datang lagi ? 
sayang saya pada awak dah hilang !
tapi kenapa rindu saya pada awak tak hilang ?
awak patut pulang balik hati orang ! 
awak tak patut ambil hati orang.

Entah lah ! 
aku tak pernah mintak ada perasaan pada dia.
mungkin allah sedang uji aku 
aku kena kuat lalui semua ni 
Mungkin ada hikmah disebalik semuanya . 

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"

Awak :')
2 September 2012 | 0 Possible[s]

Semalam masa aku sebok buat assignment 
tiba-tiba phone aku bunyi!
aku tertanya tanya siapa yang mesej aku kan ?
Nak tak nak aku bukak lah jugak kan 
sebab lagu MY ALL tu sedih je bunyi 
haha ! 

Korang nak tahu aku dapat 
MMS !
Dari DIA !
Yes!! Dia ! 
Dia yang dulu pernah aku sayangg
:')


Caption : Still bawak ke pahang :')

Macam nak gugur jantung aku bila aku dapat gambar ni !
Korang nampak tak gelang kat atas BB tu ?
Tu aku punya ! 
Aku bagi dia before aku berhenti form6
Masa tu yang ada pada aku cuma gelang tu je !
Tu je kenangan yang ada.
Dan aku dengan dia pun dah tak contct langsung ! 

Aku mengaku pada diri aku sendiri 
yang sayang aku pada dia sudah pun hilang !
tapi !!
Rindu aku pada dia tak mampu aku buang ! 
Aku terlalu rindukan dia. 

Hari tu masa tengah dengar lagu kat lappy !
tiba2 keluar lagu 
RINDU SETENGAH MATI
ya allah ! hanya allah saja yang tahu hati aku masa tu.
Sedih ! Luka ! Kecewa ! 
Segala-galanya ada dalam hati aku !



Aku mesti kuat ! aku tak boleh ingat dia !
dia kisah silam aku !
aku kena buang dia jauh2 dari aku !
dan aku pun tak pernah mintak ada perasaan pada dia.

Aku selalu berkata pada angin 
"Sampaikan rindu aku pada dia"
Dia dah curi hati aku 
tapi dia tak nak pulang kan semula hati aku 
adakah dia seorang yang zalim ?
Apa2 pun dia dah bahagia 
itu sudah cukup buat aku.



Newer Post
Older Post