Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
13/09/2016
13 September 2016 | 0 Possible[s]

Terima kasih kerana pernah singgah dalam hidup ini
walau cuma sekejap. 

Terima kasih kerana pernah menyayangi aku
dengan seikhlas hati. 

Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku
walaupun cuma sekejap.

Terima kasih kerana pernah berjanji mahu menjaga aku
walau kini janji tinggal janji. 

Terima kasih kerana sering kali mengingatkan aku tentang solat 
semasa aku terleka. 

Terima kasih kerana menerima kekurangan aku 
walau kau sering membandingkan aku dgn yang lain. 

Terima kasih kerana kau sudi menadah telinga 
ketika aku punya masalah.

Terima kasih kerana sering membuat aku terluka
dengan kelakuan kau.

Terima kasih kerana kau tak hargai setiap pengorbanan
yang aku berikan lalu kau salahkan aku.

Terima kasih kerana mengajar aku apa itu erti rindu
semasa kita berjauhan.

Terima kasih kerana kau mengajar aku erti setia
sedangkan dibelakang aku kau curang.

Terima kasih kerana lukakan hati aku
dan kini aku merawatnya seorang diri.

Terima kasih kerana pernah membuat aku sayang kau
kini perasaan benci aku terhadap kau membuak-buak.

Kau lelaki yang agak sesuatu semasa kita mula mengenal antara satu sama lain. Kita berkenalan kongsi cerita hampir setiap hari dan hampir tiap malam. Aku mengenal kau ketika luka dibadan kau masih lagi berdarah parut dikaki dibadan kau semua aku lihat. Kalau masa boleh diputar balik aku mahu sapukan ubat diluka kau. Tapi masa tu aku cuma mampu nasihatkan kau supaya selalu cuci luka makan ubat supaya kau cepat sembuh dan boleh berkerja seperti biasa. Hari demi hari kita lalui kita makin rapat kau mula ucap sayang pada aku. Ucapan sayang tak pernah lepas dari mulut kau. Terima kasih kerana membuat aku angau. Tak nafikan kau lelaki yg rajin melayan kerenah aku kesana kemari lama kelamaan aku fikir kau bukan saja rajin melayan aku tetapi perempuan lain pun sama. Kecewanya aku masa tu. Ujian demi ujian dugaan demi dugaan aku telan. Org sekeliling bertubi tubi menyalahkan aku kalau lah aku ni mampu ceritakan apa yg jdi pada hubungan kita mereka mesti faham. Aku pernah kehilangan kawan aku kerana kau. Bukan seorang dua malah lebih dari itu. Betul orang cakap cinta tu buta aku buta bila bersama kau. Luka dikaki kau dibadan kau kian sembuh maka kini cuma tinggal parut sahaja. Tapi luka dihati aku puas aku ubati sekejap baik sekejap terluka balik. Kau selalu berfikir aku hanya mahukan lelaki yg berharta tapi kau silap selama kita bersama pernah ke aku tinggalkan kau dalam keadaan susah? Dulu aku tak macam diri aku yg sekarang senang2 kau hina aku gemuk tak lawa. Aku terima walaupun terluka. Aku korbankan sisa hidup aku selama 3tahun bersama kau, hati aku jiwa aku sepenuhnya untuk kau tapi sayang kau datang bila kau perlu kemudian kau campak aku sesuka hati kau biarkan aku terkapai kapai. Yaa aku baran , baran itu datang punca dari kau , aku manusia punya hati maaf kalau baranku telah menyakiti kau. Aku cuba kawal baran aku dan aku berjaya. Kau kata aku tak percayakan kau, aku cuba percayakan kau mcm mula2 dulu tapi akhirnya kau khianati aku. Aku pertahankan hubungan kita walaupun aku tahu kita sudah tiada harapan aku pertahankan tanpa kau lalu aku kecundang aku tak mampu tanpa bantuan kau sayang. Maafkan aku. Biarlah orang tengok buruk aku biarlah orang fikir aku yg salah. Tapi ALLAH tahu segalanya. Kau bahagia atas derita aku. Aku percaya suatu hari nanti aku pasti bahagia malah lebih bahagia dari kau. Mungkin bukan sekarang mungkin esok lusa ALLAH pasti membalas setiap balasan kau terhadap aku.


"TERIMA KASIH"