Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Luahan Rasa
28 September 2013 | 0 Possible[s]


Hari demi hari detik demi detik aku menghitung saat2 untuk melupakan mu. Aku bersungguh-sungguh untuk melupakan semunya tentang kamu, tentang kita, tentang masa lalu kita. Kadang2 aku berjaya untuk melupakan semua itu, tetapi kadang2 aku juga tewas untuk melupakan semua itu. Banyak benda yang aku buat akan ada kena mengena dengan kamu. Kenangan kita sentiasa segar di dalam ingatan ku. Apakah kau masih ingat semuanya sayang? :') 

Masih kau ingat pertama kali kita bertemu ? kita bertemu di laman muka buku lalu kita setuju untuk berjumpa. Kau membawa aku ke tempat yang aku suka iaitu Taman Pelangi Indah. Disebuah bangku kita berbual mesra, kita menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan. Engkau memakai tshirt berwarna pink aku memakai dress berwarna hitam. Masihkah kau ingat semua itu sayang?? :') 



Mungkin kerana sayang aku hanya pada kau, sampai sekarang aku ingat semuanya. Kenangan pahit manis masih segar dalam ingatan aku ini. Apa kau masih ingat pada aku lagi sayang? Ohh ! tidak mengapa aku tidak perlukan jawapan engkau kerana aku sudah mempunyai jawapannya :) 

Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh hati kepada seseorang lelaki, tetapi bila aku dah bagi kasih sayang aku pada seseorang itu maknanya aku sudah jatuh hati padanya. Tapi aku jatuh hati pada orang yang salah. Orang yang aku sayang tidak sayangkan aku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Engkau tidak pernah menunjukkan aku kepada orang lain, tetapi bila yang lain kau selalu tunjuk pada orang. Apakah aku tidak mempunyai perasaan sayang? 

Dan perasaan itu sampai sekarang ada dalam hati aku. Sukarnya untuk aku melupakan semuanya. Kerana terlalu banyak benda kita lalui bersama. Airmata aku tak usah cakap hanya untuk kau. Rindu aku hanya untuk kau. Kasih dan sayang aku hanya untuk kau. Semuanya untuk kau sayang. Tapi aku silap, belum tentu cukup semua tu pada kau. Apalah sangat ada pada diri aku ni. Rupa pun kurang takkan lah engkau nak memandang aku. 

Maaf jika engkau terbaca luahan rasa hatiku ini membuatkan engkau tidak senang. Aku memohon beribu ribu kemaafan dari kamu :') 

*Angin malam sampaikan salam rindu aku kepadanya. Semoga aku juga menjadi kerinduaannya* 

Diam Aku Kerana...................
24 September 2013 | 0 Possible[s]


Diam aku bukan bermaksud aku kalah, aku tewas , tapi diam aku kerana untuk mencari kekuatan pada diri ini. Aku hanya manusia yang tidak sempurna. Kadang2 aku diatas kadang2 aku dibawah. Tapi aku tahu Allah takkan menguji aku jika aku tidak mampu. 

Diam aku untuk melupakan semuanya yang pernah terjadi antara kita, tapi bukan mudah bagi aku untuk melupakan semuanya. Aku perlukan masa untuk perbaiki kehidupan aku seperti dahulu. Keadaan aku semakin sembuh selepas semuanya terjadi, tapi engkau muncul kembali lalu memberikan luka kembali. Luka yang lama masih berdarah engkau tambahkan lagi luka dihatiku. 



Diam aku bukan tidak mengingatimu, setiap saat aku mengingatimu. Kerana terlalu banyak kenangan yang telah kita cipta bersama. Kenangan kau dan aku takkan aku lupa. Aku rindukan kenangan kita bersama. Saat2 bahagia kita bersama. Tapi aku tahu aku takkan dapat balik kebahagian seperti dahulu. Depan aku kau kata sayang, belakang aku kau dengan orang lain. Jujur lah sayang walaupun itu akan melukakan hatiku tapi kejujuran itu sangat penting. 

Hari demi hari aku menghitung bilakah aku boleh pulih sepenuhnya? Bilakah aku boleh melupakan engkau tanpa mengingati kau walau sesaat pun? Bilakah aku boleh melupakan kenangan2 yang kita bina?? Aku tidak punya jawapan hanyaa Allah saja yang tahu semuanya. 

*Semoga dikau bahagia bila tidak disamping aku MHA. Aku kirimkan salam rindu melalui doa. Semoga engkau dengar doa aku sayang :')

Perasaan Ini
15 September 2013 | 0 Possible[s]
"Ya allah andai benar dia bukan untuk aku , kau jauhkan lah dia dari aku. Andai benar dia untuk aku, kau satukan lah hati kami. Hanya engkau maha mengetahui segalanya"

Ujian apa yang kau beri kepada ku. Kadang2 terlalu berat untuk aku lalui semuanya. Tapi aku tahu disebalik semua ini ada hikmahnya. Hanya engkau mengetahui semuanya. Aku tahu kau rindu akan rintihan aku kerana itu kau uji aku dengan ujian sebegini.

Ya allah, jika benar dia bukan yang terbaik untuk aku , kau kuatkan lah semangat ku ini. Kau tabahkan lah hatiku ini. Kau redha kan lah segalanya. Engkau lebih berhak menentukan segala uruskan ku. Kerana pilihan yang datang dari engkau pilihan yang terbaik untuk manusia di muka bumi ini.

Andai dia tidak bersama ku , kau berikan lah dia pengganti ku kepadanya. Kau berikan lah dia hawa yang lebih baik dari aku. Yang lebih sempurna berbanding aku ini. Mungkin aku tak mampu untuk melihat si dia dari dekat aku hanya mampu lihat si dia dari jauh. Cukup hanya dengan doa yang aku kirimkan melalui hati yang ikhlas ini.

Biarpun hati ku pecah seribu aku redha dengan ujian yang kau beri. Terima kasih atas segala yang kau beri selama ini. Terima kasih kau pinjamkan aku kebahagiaan walaupun sesaat. Aku hargai semuanya. Andai kata kita tidak jumpa lagi dimuka bumi ini. Aku berharap kita akan jumpa disyurga.  Semoga segalanya di permudahkan. Amin :')



Newer Post
Older Post