Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Luahan Rasa
28 September 2013 | 0 Possible[s]


Hari demi hari detik demi detik aku menghitung saat2 untuk melupakan mu. Aku bersungguh-sungguh untuk melupakan semunya tentang kamu, tentang kita, tentang masa lalu kita. Kadang2 aku berjaya untuk melupakan semua itu, tetapi kadang2 aku juga tewas untuk melupakan semua itu. Banyak benda yang aku buat akan ada kena mengena dengan kamu. Kenangan kita sentiasa segar di dalam ingatan ku. Apakah kau masih ingat semuanya sayang? :') 

Masih kau ingat pertama kali kita bertemu ? kita bertemu di laman muka buku lalu kita setuju untuk berjumpa. Kau membawa aku ke tempat yang aku suka iaitu Taman Pelangi Indah. Disebuah bangku kita berbual mesra, kita menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan. Engkau memakai tshirt berwarna pink aku memakai dress berwarna hitam. Masihkah kau ingat semua itu sayang?? :') 



Mungkin kerana sayang aku hanya pada kau, sampai sekarang aku ingat semuanya. Kenangan pahit manis masih segar dalam ingatan aku ini. Apa kau masih ingat pada aku lagi sayang? Ohh ! tidak mengapa aku tidak perlukan jawapan engkau kerana aku sudah mempunyai jawapannya :) 

Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh hati kepada seseorang lelaki, tetapi bila aku dah bagi kasih sayang aku pada seseorang itu maknanya aku sudah jatuh hati padanya. Tapi aku jatuh hati pada orang yang salah. Orang yang aku sayang tidak sayangkan aku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Engkau tidak pernah menunjukkan aku kepada orang lain, tetapi bila yang lain kau selalu tunjuk pada orang. Apakah aku tidak mempunyai perasaan sayang? 

Dan perasaan itu sampai sekarang ada dalam hati aku. Sukarnya untuk aku melupakan semuanya. Kerana terlalu banyak benda kita lalui bersama. Airmata aku tak usah cakap hanya untuk kau. Rindu aku hanya untuk kau. Kasih dan sayang aku hanya untuk kau. Semuanya untuk kau sayang. Tapi aku silap, belum tentu cukup semua tu pada kau. Apalah sangat ada pada diri aku ni. Rupa pun kurang takkan lah engkau nak memandang aku. 

Maaf jika engkau terbaca luahan rasa hatiku ini membuatkan engkau tidak senang. Aku memohon beribu ribu kemaafan dari kamu :') 

*Angin malam sampaikan salam rindu aku kepadanya. Semoga aku juga menjadi kerinduaannya*