Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Dunia Baru Hidup Baru
23 November 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua, apa khabar awak2 semua? Dah lama aku tak bukak diari hati ni disebabkan tiada masa. Aku nak cerita about new life aku, so korang kena dengar ! kena baca luahan hati aku ni. Banyak yang aku nak luahkan. Penat hati ni pendam sorang dah sampai masanya aku luahkan semuanya. Hihi :)


Sekian lama menyepi aku pergi membawa diri ke dunia yang baru, mencari pengalaman baru seawal usia 19tahun aku melalui pelbagai dugaan hidup. Umur macam aku ni biasanya tengah mengadap buku, mengadap assignment bukannya mengadap pelbagai jenis ragam manusia !!! Manusia manusia yang aku kena hadap tu lah yang selalu buat aku stress!! Aku sukakan suasana berkerja disana, office kan? Tu lah cita2 aku itu lah yang aku nak masa aku study dulu. Aku nak kerja office, nak duduk depan computer, keluar jumpa client. Yes !! sekarang aku dah rasa semua tu. Dan aku suka sangat dengan tempat tu, Tapi apa yang membuatkan aku tak suka ialah !!! Aku bermasalah dengan OFFICER aku. Senang cerita aku memang tak sebulu dengan dia. Ada je yang tak kena dengan aku dekat mata dia. Satu hari mesti silap aku dia cari, even dengan cara berpakaian aku. Pakai lipstick merah pun aku disalahkan?? What the hell !! -.- Mula2 aku boleh sabar, selagi aku boleh aku sabar. Tapi disatu tahap aku tak kuat dan akhirnya aku mengalah, aku terduduk diam menangis. Puas aku fikir apa salah aku sampai dia tak suka sangat dengan aku. Kehendak dia aku ikutkan, bukan kerja aku pun aku still buat even tu kerja dia. Campak kertas macam 100tahun punya kerja pun aku buat.

Betul orang cakap perempuan kalau ada jawatan tinggi sikit dia akan mula rasa berkuasa, so aku dah nampak OFFICER aku tu macam mana. Dia marah staf dia macam semua tak ada maruah, tak ada perasaan. Dan selalu jadi mangsa dia adalah aku. Yes ! aku selalu disalahkan even benda tu kecik mesti dibesarkan. Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan dekat situ. Lama2 hati aku boleh koyak rabak kot. Ada sorang akak tu pernah cakap dengan aku

 "Kalau selalu kena marah pun tak boleh jugak, kesian awak dikk. Boleh kurus sebab makan hati

Dalam kena marah dengan OFFICER ni sempat jugak aku cuci mata. Hehe. Aku suka tengok dia , dia kurus tinggi orangnya. Umur dia muda lagi aku rasa, simple je orangnya. First day aku masuk kerja aku nampak dia terus macam suka tengok muka dia. Sebab muka dia like cute2 gitu. Hahahaha. Dia engineer dekat situ , so kadang2 je aku dapat jumpa dia . Sebab engineer dekat situ semua busy jarang lah dapat jumpa dia. Hihi. Tapi aku paling suka bila aku tunggu masa nak balik, aku kemas2 handbag kemas meja tetiba dia tanya  "awak tak balik lagi ke? semua dah balik" peh !! time tu tak tahu lah kenapa suka sangat !! Aku rasa macam nak pengsan pun ada jugak. Hahaha ! Kan gatal aku dah keluar. haahaha. Then masa aku nak buat audit masa otw nak pergi meeting terjumpa dia jugak ! Dari jauh dia senyum dekat aku. Dan aku membalas senyuman dia yang comel tu. Hahaha. Ada satu hari, aku pakai baju kebaya hijau then aku tak perasan pun dia datang dekat meja tetiba dia cakap "Awak baju kita sama warna lah. Macam janji je" Argh !!! Masa tu aku punya senyum meleret2 !! Satu hari kot rasa bahagia kejap. Hahaha. Tapi dia ni kejap ada kejap tak ada. Time aku tunggu dia tak ada. Time aku tak tunggu tetiba muncul. Hihi. Tapi aku tak adalah syok sangat dekat dia. Cuma suka je tengok dia. Dia ada gf kot, sebab hensem kan muka comel2. Hahaha. 

Tapi !! Bila dah kena marah dengan OFFICER aku tengok si dia tu pun aku tak ada hati, yelah hati dah koyak rabak kan? Makan hati je. Aku dah fikir semuanya, dan jawapannya pun aku dah buat biarlah aku sorang je yang tahu. Aku anggap apa yang jadi ni semua dugaan buat diri aku. Aku bersyukur kot seawal 19tahun aku dapat pengalaman macam ni. Tapi cita2 aku untuk continue study tak pernah aku lupakan. Aku akan terus kejar cita2 aku :) 

Okey korang ! aku luahkan separuh je dulu ea, ada lagi yang tak terluah sebenarnya :') Tak apalah bukan semua benda kita boleh share dengan orangkan. Apa2 pun terima kasih sudi baca kisah hidup aku. Ada masa kita jumpa lagi yee semua. Asslamualaikum........ 


                                                                                                                                                     LOVE
                                                                                                                                                  IeraMohd