Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Dia Mamaku
12 May 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua ! apa khabar wahai pembaca setia ku? harap korang baik2 saja. Okey harini nak buat entry bout someone special for me ! Siapa?? jeng jeng jeng ! Make sure baca entry ni sampai habis okey :)



Selamat Hari Ibu kepada Puan Azila Bte Md Amin. Terima kasih sudi mendidik saya selama ini dengan penuh kasih sayang. Terima kasih juga atas setiap pengorbanan mu. Terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini. Tanpa mama, kakak tak akan ada di dunia ini :')

Seorang ibu sanggup membawa perut selama 9bulan, sanggup menahan kesakitan masa melahirkan kita. Aku juga akan merasa apa yang mama rasa satu hari nanti. Seorang ibu sanggup membasuh najis anaknya. Menjaga anaknya semasa sakit. Kita sebagai seorang anak belum tentu sanggup buat semua tu. Seorang ibu boleh menjaga anaknya tak kira ramai mahupun sikit. Tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Ibu sanggup berkorban macam2 untuk anaknya tetapi belum tentu anak2nya sanggup berkorban untuk seorang ibu. Hargai lah ibu kita selagi dia masih ada di dunia ini. 

Okey ! dah stop untuk bermadah bagai ni. Hahaha. Okey aku nak cerita pasal mama aku ni. Mama aku ni duduk rumah je jaga anak2. Bagi anak2 makan sebab tu anak2 dia semua sihat2 belaka. Lagi2 aku ni hah ! hikhik. Mama aku ni orangnya biasa2 je. Tak ada lah vogue mana pun. Tapi tak apa lah bagi aku dia dah cukup sempurna. Hubungan aku dengan mama bukan setakat macam anak dengan ibu je. Tapi macam kawan juga. Kalau aku ada apa2 masalah aku ngadu dekat dia. Tak kira lah masalah hati ke, masalah belajar ke, masalah kawan2 je. Semua aku akan cerita kat dia. 

Mama ni kadang2 garang aku pun kadang2 takut dengan dia bila dia dah naik hantu ! sorang kena marah semua kena marah. Sedih okey. Biasanya aku lah kena tempias lebih2. Sabar je lah oi. Tapi bila aku kat kolej rindu kot nak kena marah dengan mama. Biasa bangun je ada je yang dia nak bebel kan. Tapi bila kat kolej tak ada siapa nak bebel. Jangan ingat aku kat sana dia tak bebel uh. Apa guna ada handphone canggih2 kalau tak diguna untuk membebel? hahaha. Dalam tepon sekali dia bebel mak ai ! sabar je la nak oi. Biasa lah nama pun mama kan. Dia bebel ada sebab. Kalau tak ada sebab tak kuasanya dia nak bebel buat kering air liur je. hahaha. 



Hah itu lah mama ku ! gambar ni pun aku curi2 amik. Mama ni susah noh nak ajak bergambar. Bila ajak bergambar mesti dia elak2. Kadang nyirap juga. Hahaha. Umur mama ni dah nak masuk 40tahun kot. Tapi dia punya bebual macam orang muda2 je. Apa yang perkataan kita guna pun dia guna tau. Contoh macam :

"doe, amik kan mama tisu" 

"sakai lah kakak ni pakai macam ni"

Nampak tak dia punya bebual? ni sikit je kot. Kadang2 aku tergelak juga dengan mama ni. Okey memandangkan aku ni sorang perempuan memang mama manjakan aku habis2 lah. Aku nak apa je dapat tak pernah lah tak dapat. Tapi aku boleh fikir lagi kot kalau nak minta benda bukan2. Yelah aku ni pun bukan orang senang. Mama ni dia tak tunjuk kasih sayang dia bila depan ktorang. Dia suka simpan2 nyorok2 macam tu lah. Tapi aku tahu lah mana ada mak yang tak sayangkan anak kan? :) 

Serius lah aku cakap, aku ni kira untunglah dapat mak macam ni. Sporting, boleh layan kepala anak2 dia. Walaupun benda tu kadang2 menyakitkan hati dia. Tipulah kan kalau korang tak pernah lawan mak korang? Even tak tunjuk pun dalam diam mesti korang melawan. Baik buruk dia, dia tetap mak kita. Dia yang menyusukan kita selama ni. Jaga kita dari kecik sampai ke besar. Sayangilah ibu anda :)


Happy Mother's Day mama ! May Allah bless you.
Terima kasih atas segalanya. 
Suka tak dengan hadia yang kakak bagi? mesti lah suka kan?
wangi mama harini :)

"I HAVE A GREAT MOTHER AND I LOVE HER SO MUCH. I LOVE YOU MAMA"

Ibu.. ibu engkau lah ratu hatiku.
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu.
Ibu.. ibu engkau lah ratu hatiku.

Selamat menyambut hari ibu kepada ibu2 yang berada di luar sana. Terima kasih mama ! Jasamu ku kenang selalu. I LOVE YOU :)



'