Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Hari-Hari Saya Tanpa Awak
5 June 2012 | 0 Possible[s]
Hai korang kali ni entry aku mungkin sedih sikit kot! Ni melibatkan perasaana aku. Aku rasa dah 
lama kot tak cerita kisah hati dan perasaan aku kat sini kan. 

Aku dengan dia dah tak berhubung lagi . No call no mesej ! Just kat facebook or twitter. Tu pun aku kadang2 layan macam nak tak nak je. Mesti korang tertanya tanya kenapa aku macam ni?
Dulu bukan main sayang lagi aku kat dia. Sampai tak mesej pun aku dah merajuk bagai. 
Bukan tak sayang tapi sayang tu aku nak buang jauh2 . Mungkin bagi dia kejam! Tak adil aku buat dia
tapi aku buat ni semua untuk kebaikan masing2.

Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang dia, tak rindukan dia. Bukan senang aku nak buang semua 
perasaan ni. Aku tahu dia kecewa dengan perangai aku yang sekarang.
Mungkin nanti lama2 dia boleh lah hidup tanpa aku. Sekarang ni pun dia dah boleh hidup tak ada aku. Dia pun dah nak pergi belajar nanti kat sana jumpa lah perempuan yang lebih baik dari aku.

Sekarang apa aku buat , aku keluar semua aku dah tak bagitahu dia. Macam tu jugak dia.
Dia dah bebas dari aku. Kalau tak aku asyik marah dia je. Apa dia buat semua aku tak bagi.


Tapi malam tadi jatuh jugak air mata aku bila teringatkan dia. Aku sampai terdengar dengar suara dia
sampai terbau bau dia. Apa yang aku buat semua kau ingat dia. Tapi dia? 
aku tak tahu dia ingat aku atau tidak. 
Mungkin dia sedang bahagia disamping orang yang dia sayang.

Lagipun untuk apa lagi aku nak menangis sebab dia? Aku yang mintak dia lupakan aku.
aku yang nak pergi dari hidup dia. So aku kena tabahkan hati aku.
Tak guna berharap pada yang tak sudi. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti itu lebih menyakitkan.
Kadang2 aku terfikir jugak samapi bila aku nak sakitkan hati aku sendiri?
Sampai bila aku nak pendam dengan semua benda ni. 
Hati dan perasaan aku bukan untuk disakiti tapi untuk disayangi.
Tak adil kalau aku still mengharapkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.



Aku dah berjanji pada diri aku , setelah sampainya aku di melaka nanti aku akan lupakan semua kisah silam pahit dalam hidup aku. Biar lah angin yang membawa semua sedih duka tangis aku jauh2. Aku nak buang semua kisah2 yang selama ni menyakitkan hati dan perasaan aku. 
Aku nak bukak buku baru . Aku nak tutup pintu hati aku semula pada insan yang bernama lelaki.

Aku pernah cakap dulu dengan dia 

"Awak adalah lelaki yang bertuah telah berjaya membukak pintu hati saya yang selama ni saya kunci untuk semua lelaki"

Dan sekarang aku akan cakap kat dia

"Awak yang telah membukak pintu hati saya selama 3tahun saya kunci , sekarang awak jugak yang telah menutup kembali pintu hati saya"

Dan kini hari2 saya tanpa awak . Tanpa mesej2 awak . Tanpa gurau senda awak . Tanpa suara awak
bukan senang aku nak lalui semua ini . Tapi aku kena kuat ! Sampai bila aku nak lemah bila dengan dia?? Dan aku telah pun memilih jalan hidup aku untuk melupakan dia pergi ke negeri orang.
Biar lah aku membawa diri ke sana untuk merawat luka di hati aku.

Sekiranya awak bukak blog saya , saya cuma nak cakap terima kasih sudi melayan baik buruk saya ketika saya bersama awak . Terima kasih atas layanan awak kepada saya selama ini.
Terima kasih kerana mengubah sedikt sebanyak cara hidup saya.
Terima kasih kerana hargai saya dalam hidup awak ! Terima kasih kerana sudi sayang kan saya
even sebagai seorang kawan. Terima kasih kerana awak sudi merindui saya.
Terima kasih kerana sudi menjaga saya dengan seikhlas hati . 
Dan terima kasih kerana sudi membazirkan air mata awak kepada perempuan seperti saya.

Saya akan doakan kebahagian awak . Harap awak bahagia disamping orang yang awak sayang.
Lupakan saya perkara lebih baik dalam hidup awak . Saya tahu awak meran saya jugak derita.
Tapi ini lagi baik daripada kita terus berhubung.
Saya harap awak maafkan saya.