Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Im Fine :)
26 October 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua.... Apa khabar sihat tak korang semua?? Lama aku tak update blog kan?? Maklum lah busy sesangat sejak2 jadi wanita berkerjaya ni. Hihihi. Malam ni aku free tak tahu nak buat apa, so boleh lah mencurahkan perasaan dekat blog. Hikhik

Aku semakin pulih semakin kuat ! Yeah ! Finally aku berjaya kot buang segala perasaan tu. Cuma tinggal sisa dia je. Yang sisa ni lah susah nak buang. Ponat denn nak menahan semuanya lah -_- Hehehe.
Kali ni senang pulak aku nak buang semua ni, mungkin sebab selalu kecewa kot dengan dia. Alah tak payah lah ea cerita kenapa aku buang dia jauh2. Korang kalau rajin baca lah entry aku yang lama2. Semua ada lagi tak buang pun. Insyaallah nanti aku buang lah semuanya kisah aku dengan dia :)

Hidup ni kalau asyik sedih je rugi tau. Kesian pada diri kita asyik sedih je. Kalau nak sedih baik tak payah hidup lerr. Aku dah puas kot hidup sedih. Lepas ni tak mo sedih2 lagi. Aku nak jaga hati aku baik2. Kesian dekat hati aku selalu sedih. Kesian jugak pada diri aku sebab sayang lelaki yang salah., Tak gitu som?? hahaahaha.

Tapi....... kalau tengah bahagia tu beringat sikit satu hari nanti kesedihan akan datang pada kita. Aku bila bahagia betul2 lupa diri. Nak makan nak tidur madah tersenyum je. Kalau depan henfon tak payah cakap lah kan. Tu padah dia masa bahagia lupa diri, ni makan dia merana tak sudah T.T hehehe. Tapi tak semestinya kita akan merana seumur hidup. Mungkin Allah tengah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Cuma tunggu masa yang sesuai je :) Aku dah redha dengan takdir, biarlah DIA yang tentukan semuanya. Aku terima apa yang DIA tentukan :)

Okey ! now kena fokus pada masa depan. Aku kena corak balik masa depan aku yang dah hura hara ni. Aku dah fikir masak2 tahun depan WAJIB belajar balik !!! WAJIB !! Biarlah umur dah 20tahun ke dah tua ke aku tetap nak belajar balik. Lantak pi la apa orang nak cakap. Sekarang dah kena kumpul duit sikit2 nanti nak belajar kalau boleh tak nak guna duit parents aku. Dulu masa dekat kolej banyak duit dorang bazir macam tu je kat aku :( Aku nak study luar dari JB. Nak merasa hidup dekat negara orang. Hehehe :)

Tempat study dengan jurusan apa yang aku nak ambil tu still tengah fikir2 lagi. Tengah survey2 ni kat mana semua. Nanti dah dapat semua aku cerita okey ;) Tapikan perasaan nak sambung study ni membuak2 mungkin sebab aku dah penat kerja kot :'( Sumpah lah penat sangat cari duit tau. Kerja siang malam tak ada masa dengan family :( Tapi yang bestnya bila kita kerja kita nak beli apa2 guna duit sendiri dah tak mintak parents duit lagi. Tapi aku ni gila jugak kadang2 habis semua aku nak beli. Kalau gaji RM10000 pun belum tentu cukup kalau macam tu. Hehehe. Bila dah kerja aku belajar uruskan duit sendiri, belajar jimat2. Merasa jugak bila tengah kering nak makan ikat perut. HAHAHAHA .




"Perempuan ini sering dilukai hatinya namun kini dia sedang bangkit untuk pulihkan keadaanya" 


Alhamdulillah.........
4 October 2013 | 0 Possible[s]


Assalamualaikum....

Selamat malam semua, buat apa korang semua? Ni mesti tengah sebok dok main tweet kan?? Maklum lah dekat tweet tengah ada trend #TakJOHORLah. Hehehe. Aku scroll TL penuh dengan ayat2 tu. Tapi bangga lah weyh aku anak JOHOR :) 

Malam ni tak tahu lah ea kenapa aku rajin bebenor nak bukak lappy, godeh2 lappy. Hehehe. Tapi bila dah bukak lappy ni macam2 aku godeh, tengok assignment lama2 tengok slip exam masa study. Siapa tak sedih umur sebaya aku ni sebok hadap buku hadap exam, tapi aku???? Never mind lah mungkin rezeki aku kat tempat lain agaknya :') 

Keadaan aku semakin okey, alhamdulillah Allah dengar rintihan aku. Semakin aku lupa pada si dia. Tapi kadang2 ada jugak teringat. Senang cerita aku tak boleh duduk sorang2 nanti fikiran aku melayan pergi ke kenangan lama. Banyak sangat kenangan manis pahit :') Tapi bila aku teringatkan dia aku mesti ingatkan diri aku sendiri, aku ingat balik apa dia buat kat aku. Tapi aku selalu terfikir kenapa ekh aku boleh sayang sangat dengan dia?? Belum tentu sayang aku sama macam sayang dia pada aku. Hmmm. Betul cakap orang kerana sayang kita tak nampak semuanya. Hmmm 

Kawan aku cakap aku ni kuat hadapi semua ni. Aku kena kuat sampai bila nak lemah?? Sampai bila nak nangis ? Penat mata aku asyik nak nangis je. Aku nak simpan airmata aku untuk orang yang hargai aku seadanya. Aku nak hidup aku macam dulu, tak ada siapa2 hati tak sakit even rasa sunyi sikit. Tapi more better sunyi daripada ada kesakitan. Yekk dakk?? hehehe. Mungkin jodoh aku belum sampai agaknya. Allah tengah aturkan yang terbaik untuk aku :')  Kalau betul lah lepas ni aku jumpa lelaki yang terima aku seadanya aku tak banyak cerita lah oi ! Nak kahwin je lah. Lepas ni nak cari bakal sumai bukan bf lagi. Penat asyik kecewa je. Dua lelaki aku kenal dua2 kecewakan aku. Hehehe :'D 

Jodoh pertemuan ajal maut semua ditanganNya. Aku hanya berserah kepadaNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku tahu Dia selalu ada bersama aku cuma kekadang aku lupa padaNya. Aku manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan. Yang buruk datangnya dari manusia yang baik datangNya dari Allah swt :)

Ikhlas Dari Hati.......
1 October 2013 | 0 Possible[s]


Hello october ! Please be nice to me yaa :) 


Aku tidak tahu dari mana untuk berkata-kata, tapi setiap apa yang dikatakan oleh aku ikhlas dari sudut hari kecil ku. Apa khabar awak ? Malam tadi aku lepaskan semua kesedihan yang aku pendam selama ini. Aku berjanji pada diri ini tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu. Aku berjanji pada hati ini tidak akan menyakitinya lagi. 

Hidup aku hari2 hanya biasa2 saja, tanpa ditemani oleh siapa2. Hanya malam tadi ditemani airmata yang sekian lama tidak menitis. Perasaan rindu itu hadir tanpa aku minta. Aku membuka semula kenangan2 lalu. Aku lepaskan semuanya ! Aku sudah penat untuk pendam semuanya. Jujur aku kata perasaan sayang itu masih ada tapi cuma tinggal sisa bakinya saja. Sisa baki itulah yang membunuh perasaan aku. Tapi perasaan rindu itu tidak boleh aku tepis dia datang bila aku keseorangan. Aku berjaya lupakan engkau walaupun sedikit demi sedikit itu sudah gembira buat diri aku. 

Kenapa aku nekad untuk melupakan semuanya?? sebab aku baca segala luahan hati dia kepada perempuan itu. 20 Ogos tarikh kami masih bersama dia jumpa seorang perempuan yang kini dia kejar2 untuk mendapatkan cinta dari perempuan itu. Kau tahu apa perasaan aku bila aku baca satu persatu ?? Hati ini hancur, menangis. Beruntung perempuan itu kerana engkau cerita tentang dia untuk dibaca oleh semua orang. Kenapa masa kita bersama kau tidak buat sedemikian?? Mungkin sebab aku tak ada yang specialnya. Aku tidak punya rupa berbanding perempuan itu. Kau susah untuk terima kekurangan diri ini, aku bukan perempuan yang sempurna. 



Aku tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan, macam itu lah aku dengan kau. Kau bukan ditakdirkan untuk aku. Mungkin kau dan aku boleh mendapat pasangan yang jauh lebih baik. Dalam hidup kita mesti akan suka dan jatuh cinta pada seseorang yang sebenarnya bukan untuk kita. Aku kena terima dengan takdir ALLAH. Apa yang aku harapkan semoga si dia perempuan yang baik2. Semoga si dia boleh membuat kau lebih bahagia ketika kau bersamanya.Satu yang aku minta dari kau , jika keadaan aku sudah kembali pulih jangan sesekali kau mencari aku untuk menyakitiku lagi. Mulai harini aku mahu bukak buku baru dalam hidup aku. Doa aku selalu bersama engkau. Mungkin kita tidak akan bertemu disini, tapi kita akan bertemu disyurga nanti. Assalamualaikum


Newer Post
Older Post