Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Untuk Pemilik Hati Ini
30 May 2013 | 0 Possible[s]
Wahai pemilik hati dimana awak berada? Wahai pemilik hati sihatkah awak ? Sedang buat apa awak? Siapakah awak? Bagaimana rupa awak? Bila awak nak muncul dalam hidup saya? Sudah lama yang nantikan kedatangan awak dalam hidup saya. Wahai pemilik hati sudikah awak menjadi yang terbaik untuk saya? Sudikah awak mendidik saya? Sudikah awak menerima semua kekurangan dan kelemahan dalam diri saya? :') 



Mungkin sekarang belum masanya untuk kita dipertemukan, saya disini setia menanti kedatangan awak dalam hidup saya. Saya percaya dengan adanya awak dalam hidup saya, hari hari saya akan diwarnai dengan senyuman awak, gurau senda awak, suara awak. Siapalah agaknya awak? :') Tak sabar saya nak melihat wajah awak :) 



Bila saya dah serahkan hati saya pada awak, saya harap awak dapat menjaganya dengan baik. Mohon awak jangan sia2 kan hati saya. Mohon awak jangan sakiti hati saya. Hati saya terlalu mahal untuk insan yang bernama lelaki. Bukan mudah saya nak serahkan hati saya pada seseorang lelaki. Mungkin awak bukan yang pertama dalam hidup saya, tapi saya nak jadikan awak yang terakhir dalam hidup saya. Sebab itu saya rela menunggu kedatangan awak :) 

Wahai pemilik hati bila sampai masanya Allah pasti temukan kita. Jika bukan disini kita ditemukan pasti Allah akan temukan kita disyurga. Saya tunggu kedatangan awak wahai pemilik hati. Akhir kata dari saya semgoa kita ditemukan walau dimana kita berada. Allah maha pengetahui segalanya :')



Panjangkan Umurku :')
28 May 2013 | 0 Possible[s]
Selamat pagi semua. Korang mesti sedang dibuai mimpi indah kan? Maklum lah baru pukul7 pagi. Lagipun sekarangkan musim cuti sekolah. Paling cepat korang bangun pun mesti pukul10pagi nanti kan? Jangan tipu uh aku pun macam korang jugak ! hahaha. Actually, aku ngatuk lagi ni, tapi tak boleh tidur. Tadi masa nak tidur mama kejut suruh solat subuh. Lepas solat tu niat dihati nak sambung mimpi2 indah. Tapi tetiba aku batuk2. Mungkin cuaca kot. Hmmm. Dengan perut aku sakit yang teramat ni memang susah nak tidur -.-




Nampak tak tisu tu ada darah?? :( Actually benda ni makin kejap jadi sejak 2 or 3 minggu yang lepas. Aku batuk2 then berdarah. Mula2 aku fikir mungkin tekak aku luka sebab aku minum ice lagi tengah musim panas. Lepas tu dia akan stop sendiri. Ni tetiba dia jadi balik. Asal batuk je darah even tak banyak pun darah still ada. Aku nak cakap dengan mama tapi aku takut. Aku tak nak susah kan dia lagi. Haritu lama juga dia jaga aku kat hospital. Teman aku pergi check up lagi. Nasib lah pergi hospital kerajaan. Kalau ikut papa dia nak hantar hospital swasta tapi aku yang tak nak. Cukuplah aku dah nyusahkan semua orang :(

Sekarang aku hanya mampu serah nasib aku pada takdir. Setiap kali berdoa aku selalu minta Allah panjangkan umur aku, bagi aku kesihatan yang baik2. Aku belum bersedia untuk mengadapnya. Dosa aku didunia ini terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan kebaikkan yang aku buat :'( Aku harap Allah dengar permintaan aku selama ni :') 



Andai kata umur aku tidak panjang, aku mohon maaf kepada sesiapa yang kenali diri ku ini. Maafkan segala salah aku. Andai kata aku terkasar bahasa tersakitkan hati korang dengan tak sengaja maafkan lah aku. Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Datanglah menziarahi pusaraku, doakan lah aku bila aku dah tak ada nanti. Dan aku berharap satu bila aku dah tak ada si dia akan menziarahi pusaraku walaupun sekali sudah cukup buat diri ini :')

Hmmmm...... Apalah yang aku merepek pepagi macam ni? Bila tengok diri aku, aku rasa kesian pada nasib aku ni. Banyak sangat dugaan yang aku lalui. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku. Dia masih beri aku kehidupan yang sempurna walaupun dalaman masih lagi terluka :') Akhir kata dari aku doakan lah aku bila aku sudah tiada. Maafkan lah aku jika aku menyakiti hati korang semua. Terima kasih :')

Happy Birthday To Me :)
26 May 2013 | 0 Possible[s]
Hello semua. How your day today ? *alamak terspeaking omputeh lah pulok* hahahha. Okey harini aku nak update pasal.................... Alar malu ah itew nak cakap >.< Korang baca je okey. Dah baca tu terima kasih tau. Aku sayang korang :)



"HAPPY BIRTHDAY TO ME"

25 May 1994 pada pukul11.15malam aku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah. Alhamdulillah Allah masih lagi sayangkan aku sampai kini aku masih hidup di muka bumi ini. 25 May genap lah umur aku yang ke-19 tahun ! Tak sangka aku umur aku sekarang makin meningkat. Next year dah nak bertukar angka pulak ! Perh ! mana boleh macam ni. Hahaha. Okey semalam mak ngah dengan cik awie bawak aku jalan2. Konon sambut bufday girl lah ni. Hahaha. Penat gila kot semalam satu hari berjalan sampai tertidur dalam kereta. hahaha . Bufday aku kali ni sambut biasa2 je. Nothing special pun. Dulu boleh lah nak buat bufday party bagai. Sekarang dah besarkan dah tak buat semua tu. Hahaha. 

Terima kasih pada kawan2 di facebook, ditwitter, yang wish aku semua. Even tak kenal pun korang still wish aku. Thank to kawan2 yang nyanyikan lagu dekat WeChat ! Sumpah terharu kot ! Kalau korang nak tahu aku dengar suara korang tiap2 hari. Rasa diri aku ni dihargai walaupun ada kawan yang baru kenal kan :) Tak lupa yang BBM aku classmate aku wish. Junior2 sekolah wish. BFF aku wish ! Yang ni memaang wajib dorang wish, tak wish aku merajuk lah. Hahaha. Tak lupa juga kepada mama sebab dia orang pertama wish dalam rumah "Happy Birthday, dah besar budak gemok ni" Okey ! sekarang kenapa semua panggil aku gemok? Mana boleh ! Im kurus okey like barbie. Hahaha :p 




Kek ni sedap tau ! Kek icecream coklat ! Banyak jugak aku makan, cuma bila dah makan banyak2 rasa muak. Tak dapat makan kek bertingkat tingkat makan kek sepotong pun jadi lah ! hahaha. Tapi tekak aku nak rainbow kek :( Puas cari tapi tak jumpa sedih okey :(  Nanti nak cari jugak kek tu ! Tak kira :D

Ni semua wish2 dari kawan2 dekat twitter, Facebook and BBM. Dekat WeChat tak boleh print screen. Maklum lah tepon murah kan :( hahhahaa. Ni pun tak semua aku copy sebab banyak sangat. BTW terima kasih pada yang wish. Aku sayang korang :')

















Terima kasih pada Allah yang masih sayangkan aku :') Terima kasih pada mama sudi melahirkan aku. Tanpa mama aku tak ada didunia ini. Terima kasih pada kawan2 yang sudi wish bufday aku even ada yang lambat pun. Aku tak minta apa korang wish pun aku dah hargai jasa korang rasa diri aku dihargai dan diingati ! Terima kasih banyak2 :)







Hati Ini............
23 May 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua. Lama juga aku tak update blog aku ni. Last update haritu masa mother day kan? Actually bukan aku tak bukak blog ni. Hari2 aku bukak hari2 aku cerita tentang perasaan aku. Cuma aku tak publish je. Dah sampai masanya aku publish lah :') . Jam menunjukkan pukul4pagi. Dan aku masih tak tidur. Orang lain semua dah tidur. Bila duduk sorang2 macam ni mula lah nak teringatkan orang yang dah lupakan aku. Hmmm.

Apa khabar agaknya dia? Sihat ke sakit ke dia? Bahagia ke dia bila dah berpisah dengan aku? Dah jumpa ke pengganti aku? Baik ke tak perempuan tu? Aku selalu tertanya tanya pada diri aku. Untuk apa aku ingat dia lagi. Sedangkan dia tak pernah ingatkan aku? Aku akan jawab balik dia pernah bahagiakan aku pada masa dulu. Tak salah aku ingatkan dia :') Kadang2 rindu juga aku pada dia. Rindu nak dengar suara dia. Rindu nak gurau2 dengan dia. Bila perasaan macam ni datang aku akan cakap "dulukan dia dah puas gurau2 dengan aku. layan aku lama2" Kadang2 hidung aku terbau dia dan masa tu secara tiba2 airmata aku akan keluar tanpa aku sedari. Ada satu malam tu aku mimpi dia. Dia datang dalam mimpi aku sambil senyum. Bila bangun tu ya allah tuhan je yang tahu betapa sukanya aku ! Even aku tak jumpa dia depan2 dalam mimpi pun dah cukup buat aku :')




Kadang2 hati aku ni tak cukup kuat untuk lalui semua ni. Semua perasaan aku pendam dalam hati. Tak ada sorang pun yang tahu apa aku rasa. Tapi alhamdulillah ! Allah dengar apa yang aku minta, Allah kuatkan aku. Bukan senang nak jadi kuat bila berpisah dengan orang yang kita sayang. Aku terpaksa senyum, ketawa depan semua orang asal kan orang tak nampak apa yang aku rasa. Perasaan aku biar aku je yang tahu. Kawan aku sekarang dengan twitter je. Kat situ lah tempat aku ketawa2 dengan kawan2 aku semua. Kalau dorang tak ada apa lah agaknya jadi pada aku. Dengan kesihatan yang tak seberapa nak baik ni. Hmmm 

Fon aku dah lama tak berbunyi. Bila bangun pagi aku harapkan mesej dari dia even aku tahu benda tu takkan terjadi. Tapi maxis baik. MAXIS SAYANG AKU. Dia hari2 hantar mesej dekat aku. Hahaha. Fon aku dah lama tak ada incoming call. Kalau ada  pun mama dengan kawan2 aku. Aku rindu nak OTP malam2 :'( Mungkin ni dugaan buat aku. Aku kena kuat mana boleh lemah macam ni. Dia boleh hidup tak ada aku kenapa aku tak boleh??

Tapi........... harini hati aku rasa macam dekat dengan dia je. Dulu bila aku rasa perasaan macam ni bila dia on the way balik JB sebab tak bagitahu aku. Tapi tak mungkin lah dia balik JB. Dia nak final kan. Dia pernah cakap bulan 6 dia nak final dah. Lagipun dah nak cuti. Tak mungkin lah. Kalau balik pun kenapa aku nak kena kisah? bukan dia jumpa aku pun. Jangan mimpi lah iera oi. Ingat macam dulu ke? pagi2 dia dah datang depan rumah? Lupakan semuanya lah iera. Hmmm . Argh tak kisah lah dia kat mana pun. Semoga dia baik2 semoga dia sihat selalu :)



Kenapa ekh aku tengok orang lain senang je lupakan ex dorang. Baru kena tinggal berapa hari dah dapat pengganti. Kenapa aku tak macam tu? Aku kena amik masa bertahun kot untuk lupakan seseorang. Hmmm. Masa break dengan exbf aku tu aku amik masa dalam 3tahun. Lepas tu dia muncul dalam hidup aku. Entah berapa lama lagi lah aku kena pulihkan hati aku ni. Ya Allah kau kuatkan lah hambamu ini. Kau tabahkan lah hatiku ini ya allah. Hanya engkau yang maha mengetahui segalanya. Amin :')

Dia Mamaku
12 May 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua ! apa khabar wahai pembaca setia ku? harap korang baik2 saja. Okey harini nak buat entry bout someone special for me ! Siapa?? jeng jeng jeng ! Make sure baca entry ni sampai habis okey :)



Selamat Hari Ibu kepada Puan Azila Bte Md Amin. Terima kasih sudi mendidik saya selama ini dengan penuh kasih sayang. Terima kasih juga atas setiap pengorbanan mu. Terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini. Tanpa mama, kakak tak akan ada di dunia ini :')

Seorang ibu sanggup membawa perut selama 9bulan, sanggup menahan kesakitan masa melahirkan kita. Aku juga akan merasa apa yang mama rasa satu hari nanti. Seorang ibu sanggup membasuh najis anaknya. Menjaga anaknya semasa sakit. Kita sebagai seorang anak belum tentu sanggup buat semua tu. Seorang ibu boleh menjaga anaknya tak kira ramai mahupun sikit. Tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Ibu sanggup berkorban macam2 untuk anaknya tetapi belum tentu anak2nya sanggup berkorban untuk seorang ibu. Hargai lah ibu kita selagi dia masih ada di dunia ini. 

Okey ! dah stop untuk bermadah bagai ni. Hahaha. Okey aku nak cerita pasal mama aku ni. Mama aku ni duduk rumah je jaga anak2. Bagi anak2 makan sebab tu anak2 dia semua sihat2 belaka. Lagi2 aku ni hah ! hikhik. Mama aku ni orangnya biasa2 je. Tak ada lah vogue mana pun. Tapi tak apa lah bagi aku dia dah cukup sempurna. Hubungan aku dengan mama bukan setakat macam anak dengan ibu je. Tapi macam kawan juga. Kalau aku ada apa2 masalah aku ngadu dekat dia. Tak kira lah masalah hati ke, masalah belajar ke, masalah kawan2 je. Semua aku akan cerita kat dia. 

Mama ni kadang2 garang aku pun kadang2 takut dengan dia bila dia dah naik hantu ! sorang kena marah semua kena marah. Sedih okey. Biasanya aku lah kena tempias lebih2. Sabar je lah oi. Tapi bila aku kat kolej rindu kot nak kena marah dengan mama. Biasa bangun je ada je yang dia nak bebel kan. Tapi bila kat kolej tak ada siapa nak bebel. Jangan ingat aku kat sana dia tak bebel uh. Apa guna ada handphone canggih2 kalau tak diguna untuk membebel? hahaha. Dalam tepon sekali dia bebel mak ai ! sabar je la nak oi. Biasa lah nama pun mama kan. Dia bebel ada sebab. Kalau tak ada sebab tak kuasanya dia nak bebel buat kering air liur je. hahaha. 



Hah itu lah mama ku ! gambar ni pun aku curi2 amik. Mama ni susah noh nak ajak bergambar. Bila ajak bergambar mesti dia elak2. Kadang nyirap juga. Hahaha. Umur mama ni dah nak masuk 40tahun kot. Tapi dia punya bebual macam orang muda2 je. Apa yang perkataan kita guna pun dia guna tau. Contoh macam :

"doe, amik kan mama tisu" 

"sakai lah kakak ni pakai macam ni"

Nampak tak dia punya bebual? ni sikit je kot. Kadang2 aku tergelak juga dengan mama ni. Okey memandangkan aku ni sorang perempuan memang mama manjakan aku habis2 lah. Aku nak apa je dapat tak pernah lah tak dapat. Tapi aku boleh fikir lagi kot kalau nak minta benda bukan2. Yelah aku ni pun bukan orang senang. Mama ni dia tak tunjuk kasih sayang dia bila depan ktorang. Dia suka simpan2 nyorok2 macam tu lah. Tapi aku tahu lah mana ada mak yang tak sayangkan anak kan? :) 

Serius lah aku cakap, aku ni kira untunglah dapat mak macam ni. Sporting, boleh layan kepala anak2 dia. Walaupun benda tu kadang2 menyakitkan hati dia. Tipulah kan kalau korang tak pernah lawan mak korang? Even tak tunjuk pun dalam diam mesti korang melawan. Baik buruk dia, dia tetap mak kita. Dia yang menyusukan kita selama ni. Jaga kita dari kecik sampai ke besar. Sayangilah ibu anda :)


Happy Mother's Day mama ! May Allah bless you.
Terima kasih atas segalanya. 
Suka tak dengan hadia yang kakak bagi? mesti lah suka kan?
wangi mama harini :)

"I HAVE A GREAT MOTHER AND I LOVE HER SO MUCH. I LOVE YOU MAMA"

Ibu.. ibu engkau lah ratu hatiku.
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu.
Ibu.. ibu engkau lah ratu hatiku.

Selamat menyambut hari ibu kepada ibu2 yang berada di luar sana. Terima kasih mama ! Jasamu ku kenang selalu. I LOVE YOU :)



'

Kenangan Di Ingatan :')
9 May 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua buat apa korang ni? Ni mesti tengah dok main tweet. Dok layan boyfriend girlfriend masing2 kan? Untunglah kan ! hahaha. Actually aku dah berapa harini nak sangat update blog, cuma aku malas je. Aku ada banyak juga update just tak publish. Tu semua luahan isi hati aku. Kang nanti korang baca banjir pulak bilik korang. Hahaha :p

Tadi aku lepak stulang laut. Nak tenangkan fikiran. Lately ni otak aku serabut sangat. Macam dah tak betul je aku ni. Dengan makan ke mana. Tidur tak cukup. Yang aku mampu hanya menangis ! menangis ! menangis ! Hmmm. Aku penat kot nak nangis je. Hari2 aku doa pada Allah supaya tabahkan hati aku. Kuatkan diri aku :')

Masa tengah duduk2 dekat stulang tetiba aku teringat pada dia. Dia pernah bawak aku pergi situ. Masa tu ktorng gaduh. Masa tu hujan lebat sangat. Tadi pun hujan juga cuma tak lebat. Masa duduk situ macam2 aku fikir. Rasa nak nangis! rasa nak bunuh diri pun ada. Kalau bunuh diri tu tak dosa aku rasa dah lama aku buat kot. Hmmm.


Tempat ni tempat aku duduk masa tengok laut. Tempat yang sama aku duduk masa dengan dia.
Dulu aku duduk berdua dengan dia. Sambil dengar dia pujuk aku. Sekarang
aku duduk sorang2. Hanya laut yang dengar rintihan hati aku. 


Dekat sini juga lah dia dia parking kereta dia. Masa dalam kereta aku bergaduh dengan dia.
Aku still ingat lagi kenangan ni semua. Last2 baik balik. And im happy !
But now? semua orang tak tahu apa aku rasa.
Hmmm.


Bukan senang aku nak lupakan apa yang aku lalui selama ni. 
1tahun 2bulan aku bersama dia. macam2 aku lalui dengan dia.
Even dia anggap aku ni cuma kawan tak lebih dari tu 
tapi aku still anggap dia yang special dalam hati aku. 

Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang? Aku dah nampak semuanya kot. Aku dah nampak luahan perasaan dia pada perempuan tu. Kenapa aku still nak ingat kan dia? Sedangkan dia bahagia aku derita. Kenapa dia boleh aku tak boleh?? Tak adil tahu tak !! Sepatutnya aku dah tak boleh ingat dia lagi. Dia tak sayang aku dia sayang perempuan tu. Aku bukan siapa2 lagi pada dia. Belum tentu dia nak pandang aku even sebelah mata dia.  Hmmm :') Aku tak tahu apa aku kena buat sekarang. Aku hanya mampu berdoa ! berdoa ! dan terus berdoa. Aku harap sangat aku dapat lupakan dia. Aku dapat buang dia dari hati aku. Hmmm. 


Andai ini yang terbaik untuk kita berdua aku terima dugaan yang diberi oleh Allah.
Mungkin aku bukan yang terbaik untuk diri dia. Dia layak dapat yang lagi baik dari aku.
Doa aku sentiasa mengiringi dia. 
Aku kena kuat dah sebulan aku macam ni. Aku tak boleh lemah. Aku kena kesiankan hati aku.
Bila aku termenung tengok laut tadi. Aku berkata : 

"Angin sampaikan salam rindu aku pada si dia. Agar dia juga merindui aku disini" 



DiSebabkanCinta :)
6 May 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua ! selamat petang salam satu malaysia. Di Johor cuaca mendung maklum lah hujan baru lepas reda. Actually aku dari semalam lagi nak update blog ni. Sebab baru lepas deko. Everything has changes. Ni dah alang2 ada topik baik aku terus update je kan :)

Okey aku dapat topik ni dari twitter "DiSebabkanCinta" menarik bukan? hahaha. Semua orang pernah bercinta. Semua orang pernah ada boyfriend ada girlfriend kan? Lelaki dengan perempuan susah untuk menjadi kawan. Lama2 perasaan tu akan berubah dari perasaan seorang kawan kepada perasaan cinta. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman :). Di sebabkan cinta manusia sanggup buat apa saja. Asalkan mereka bahagia. Actually aku pun dulu tak tahu apa maksud CINTA semua ni. Tapi disebabkan aku pernah kenal seseorang tu aku baru tahu erti CINTA, SAYANG, RINDU :)



Banyak kes sekarang sebab cinta sanggup lari ikut pasangan masing2. Nampak tak betapa kuatkan penangan cinta ni kepada manusia. Sebab cinta manusia jadi buta. Sebab cinta si perempuan bagi daranya kepada lelaki. Sebab cinta kita sanggup buangkan duit untuk orang yang kita sayang. Sebabkan cinta kita sanggup lupakan kawan kita semata mata untuk orang yang kita cintai. Nampakkan semua ni?? Benda2 ni semua sudah terjadi pada diri aku. Aku rasa korang pun lalui benda yang sama :) 

Sebabkan cinta malam2 kita selalu call orang yang kita sayang. Sanggup buta kan mata pekakkan telinga apa orang cakap pasal dia. Kerana terlalu sayangkan dia, dia lah segalanya. Dialah yang sempurna dimata kita. Sebabkan cinta kita sanggup korbankan waktu rehat kita bersama orang yang kita sayang. Sanggup jaga dia sakit. Sanggup memendam rasa pada dia. Sanggup kita dilukai oleh orang yang kita sayang. Cinta boleh menguasai manusia. Cinta boleh menguasai segalanya.

Tapi................................. Jeng Jeng Jeng !! Siapa sangka air yang tenang tak ada buaya? Cinta tak selalunya indah. Cinta tak seharusnya memiliki. Dalam sekelip mata cinta kita akan terbang melayang. Dan masa ni manusia akan rasa kecewa, derita, terluka. Tipulah kan kalau korang tak pernah rasa kecewa ditinggalkan oleh orang yang kita sayang?? :) Berjanji sehidup semati tapi belum mati dah ditinggalkan :) Berjanji tak akan curang. Tapi depan mata kita dia dengan perempuan/lelaki lain :) Perempuan mudah terpedaya dengan kata2 lelaki. Bila ditinggalkan perempuan lebih merana dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu ada pepatah cakap "KALAU SAYANG JANGAN LEBIH2 TAKUT MAKAN DIRI". Kita hanya mampu merancang ALLAH lebih mengetahui segalanya. Mungkin pasangan kita tak cukup baik sebab tu ALLAH tak panjangkan jodoh kita dengan dia. Tak dapat tengok dari dekat dapat tengok dari jauh pun kira cukup baik :) 

Belum aku pernah jumpa EX bf/gf menjadi BFF lepas break. Bukan senang nak terima semua ni. Macam2 kenangan kot kita lalui selama ni. Past is past ! Keep calm and move on :) So fikir2 kan lah ye kalau nak bercinta berpada pada. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Kalau korang terasa ke aku minta maaf. Terima kasih sudi luangkan masa bersama celoteh aku ni. Ada masa jumpa lagi :)


Newer Post
Older Post