Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Oh Nenek :')
28 April 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua. Dah makan ? cuaca di Johor sangat sejuk dan aku terasa macam di London gitu. Hahahah. Okey tadi nenek dengan mak ngah datang sini. So pagi2 aku dah kena bangun tolong mama masak, kemas rumah semua and bla bla bla. Lepas semua siap nenek dengan mak ngah pun sampai. Aku pun baru sebok nak mandi. HAHAHA. Sampai kena marah kot dengan mama sebba tak mandi. Sejuk doe nak mandi :p Aku just sempat salam je lah. Lepas tu cepat2 amik tuala pergi mandi. Masa aku dalam bilik tu nenek terjah aku. Adoyai alu lah itew :p Nasib baik dah siap pakai baju. Kalau tak mati lah nak.. Hahaha. Aku nak cerita something ni antara aku dengan nenek tadi masa dalam bilik :')


Nenek : Macam mana belajar? elok ke tidak? Mama papa bagi duit jajan tak kalau kat sana ? 
Aku : Macam tu je lah. Belajar memain je. Hahaha. Bagi2 tiap2 minggu papa bagi duit :) 
Nenek : Ni cuti berapa lama ni? Kenapa tak pergi rumah nenek? bukan tak pandai bawak kereta pun?
Aku : 2bulan je. Alar malas lah nak bawak kereta. Penat pulak bila dah ada lesen. Hikhik.
Nenek : Ni kenapa macam tak sihat ? muka pucat? Bibir tepi tu kenapa? Mata tu kenapa? 
Aku : Alar orang memang tak sihat sikit. tapi ada ubat. Kanapa dengan muka? cantik je kot. HAHA.
Nenek : Jangan tipu nenek ye iera. Nenek dah lama hidup bukan baru hidup semalam tau :)
Aku : Tak ada apa lah nek. Esok2 baik lah sakit ni. 
Nenek : Budak muda sekarang bila kena tinggal je macam ni lah. Nenek pernah muda tau iera. Biar dia tinggalkan kita. Kalau betul kita ni tak baik untuk dia kenapa perlu nak simpan dia lagi? Nanti awak juga yang makan hati. Iera sayang dia sangat2 ea ? Nenek dapat rasa semua tu. Anggap je dia bukan untuk kita. Anggap dia tak baik untuk kita. Iera tak boleh seksa hidup iera macam ni. Iera kan muda lagi. Jauh lagi perjalanan iera :)
Aku : Kena tinggal menda ntah nenek ni. Cakap apa ni? Tak faham lah. Hahahah.
Nenek : Dengan nenek iera boleh tipu. Tapi dengan hati sendiri? dengan diri sendiri tak boleh tipukan? Tak kesian ke kat diri iera? Sekarang pun sakit2. Tak kesiankan mama? Awak anak perempuan mama satu2 nya tau. Kenapa perlu tunggu pada yang tak sudi? Iera lemah macam ni lagi dia suka tengok iera tau. Cucu nenek kan kuat. Jangan macam ni iera. Tak baik. Kalau hati tu tak tenang solat. Doa banyak2. Masa doa tu nak nangis ke nak minta apa2 ke buat lah. Tak perlu malu dengan ALLAH. Biasanya bila kita menangis masa kita doa, doa kita cepat di makbulkan tau. 
Aku : Baru2 lagi ni. Esok2 orang okey lah. Malas dah nak fikir semua tu. Hmmm 
Nenek : Benda dah lepas jangan dikenang nanti merana hidup iera. Kesian kan muka iera tu. Hati iera berhak bahagia tau. Tu bibir tepi kenapa? 
Aku : Insyaallah nek iera buat apa yang nenek cakap. Bibir? alar haritu ada benda jatuh tu yang macam ni. Tinggal bekas je ni. Dah sapu krim dah. 
Nenek : Ingat tau solat jangan lupa. Biarkan dia pergi. Hidup iera kena teruskan juga. Tengok bilik ni bersepah. Tak kemas langsung. Buat apa dalam bilik sampai jadi macam ni? Duduk gelap2. Kesiankan mata iera. Tak baik buat dia macam tu :)
Aku : Bilik ni memang sepah lah. Malas nak kemas. Nanti mama kemas kan lah tu. hahaha.
Nenek : Dah siap cepat mama panggil. Jangan nangis2. Iera dah besarkan. Kena kuat tau :)

Lepas nenek keluar tu aku just duduk termenung depan cermin. Aku sentuh pipi aku. Mata aku. Baru aku perasan teruknya mata aku. Hmmm. Betul cakap nenek hidup perlu di teruskan.Sampai bila nak macam ni kan. hmmmm. Tak lama tu mama panggil keluar suruh makan. Aku cepat2 lap airmata keluar pergi depan. Layan mak ngah berbual. Layan pak ngah naik gila aku ni. Hahaha. Sakit perut aku gelak2. Dia ingat aku baru habis SPM. haahha. Nampak tak aku muda lagi ? :p

Tadi masa nenek nak balik tu sempat lagi dia pesan "ingat apa nenek cakap. Solat jangan tinggal tau. Kesiankan mama. Kesiankan diri sendiri" masa salam2 tu nenek bagi duit jajan ! Alhamdulillah ada juga duit poket. Hahaha. Mak ngah dengan Pak ngah pun bagi duit jajan. Nampak tak? duduk rumah dah boleh dapat duit. Tak payah pergi kerja pun tak apa. Hahaha. Okey lah ye nak tolong mama kemas pula. Ni lari masuk bilik pun curi2. Nanti ada masa aku update lagi okey. Thanks sudi luangkan masa dengar cerita aku :')

KAWAN
27 April 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua ! selamat tengahari. Dekat johor ni cuaca panas oi ! sampai kering tekak aku dibuatnya ! hahaha. Okey harini nak story sikit. Sesiapa yang baca ni kalau terasa ke sakit hati ke.Aku minta maaf awal2 ok. Terpulang pada korang nak maafkan ke tidak :)

Aku sayang semua kawan2 aku tak kisah lah kawan baru kenal ke kawan dah lama kenal ke. Sebab kawan ni kan tempat kita share everything. Tak kisah lah dari segi apa pun. Senang cerita kawan ni adalah teman paling rapat selepas parents kita semua :) 

Mungkin korang ni semua ada kutuk2 aku kan ? Cakap aku bukan2. Seriusly aku susah nak kutuk kawan sendiri. Even tak suka pun aku akan diam simpan dalam hati. Even kawan2 aku ni cerita pasal dia ke siapa2 lah kan. Aku takkan cakap banyak. Aku just dengar dan diam. Paling tidak pun aku akan cakap "biarlah dia.Dia memang macam tu kot" Tapi kekadang tu ada lah jugakan tercakap :p aku ni kan manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. 

Aku buat korang macam tu pun bersebab okey. Bukan suka2 nak buat macam tu. Sebabnya kenapa ? malas nak cakap nanti ada yang terasa hati. Cukuplah dengan masalah yang sedia ada ni. Satu hari nanti kalau panjang umur aku akan cerita benda yang sebenar. Sekarang korang nak salah kan aku ke nak buruk2 kan aku ke. Silakan aku terima semuanya :) 

Cuma aku nak pesan kalau ada tak puas hati boleh cakap sendiri dengan aku. Selama ni pun korang cakap apa2 pun aku tak pernah kot terasa hati. Btw aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Thanks sebab korang sudi melayan aku. Aku minta maaf kalau gurauan aku ni kasar ke atau apa2 benda yang aku cakap menyakitkan hati korang. Aku cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Semoga korang berjaya dalam pelajaran korang semua :) 

Berakhir Semuanya :')
26 April 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Aku dah lama tak update blog kan. Dah bersawang blog aku ni. Bukan tak nak update keadaan tak mengizinkan lah. Kali ni entry aku yang terakhir untuk si dia :') Nanti korang semua tahu lah kenapa ye. Okey aku dah nak mula cerita ni. Thanks okey sudi luangkan masa dengar kisah aku :')


Pada 13 April 2013 aku dan dia telah membuat keputusan untuk berpisah. Atas sebab2 yang tertentu. Biasalah setiap pertemuan ada perpisahan kan. Dan aku telah temui jalan perpisahan bersama si dia :'). Tipu lah kalau aku cakap tak sedih kan. Siapa yang tak sedih berpisah dengan orang yang dia sayang. Lagi2 dia je yang aku ada :') Mungkin dia bukan jodoh aku. Allah dah tulis semuanya dan aku kena terima dengan apa yang jadi.

Hari2 aku sentiasa bersama dia. Everything ktorang share. Bila pagi dapat wish morning dari dia. Bila malam on call. Dan aku terasa sunyi sekarang tanpa dia. Salah aku terlalu banyak sehingga aku tak sedar yang aku telah lukakan hati orang yang aku sayang. Dan aku perasan sejak2 akhir ni dia berubah, aku just fikir dia penat dengan kelas lagi2 nak final. Setiap kali solat aku berdoa supaya aku dapat dia yang dulu :') Mungkin allah nak uji hati aku agaknya :') Aku tak sekuat mana pun. Kadang2 lemah. Aku kan manusia biasa :)

Aku tahu dia cuma anggap aku sebagai kawan je tak lebih dari tu. Aku bukan perempuan pilihan dia dan aku sedar semua itu. Banyak kekurangan diri aku yang tak dapat aku perbaiki. Macam dia cakap aku tak reti hargai dia. Mungkin betul apa yang dia cakap. Aku tak nampak apa yang dia buat untukku aku. Aku baru berangan this year nak puasa dengan dia. Nak kejut dia bangun sahur. Sebab last year aku tak dapat buat semua tu dengan dia :') Dan aku teringin nak raya dengan dia nak mintak maaf dengan dia. Banyak benda yang aku nak buat dengan dia tapi tak tercapai semuanya :')

Aku bukan perempuan yang baik untuk dia. Seriusly aku tak pernah jumpa lelaki sebaik dia, dia boleh layan kerenah aku yang menyakitkan hati dia. Kasih sayang dia cukup untuk aku. Dia sanggup balik dari jauh then pagi2 dah muncul depan rumah aku. Ada masa dia bawak aku keluar. Sikit pun dia tak ada kekurangan. Walaupun dia buat semua tu untuk aku, aku tahu perasaan dia pada aku tetapa KAWAN. No more LOVE. Aku pernah pesan pada dia "Awak nak cari lain boleh. Tapi tunggu orang dah tak sayang awak" :')

Tipu lah kalau tak rindu diakan. Dia pernah bahagiakan aku. Dia pernah sayangkan aku. Tak semudahnya aku nak buang dia dalam hidup aku. Mungkin dia dah buang aku dari hidup dia :') Aku masih teringat kata2 terakhir dia "Kenapa susah sangat nak tinggalkan orang? orang dah tak sayang awak" Hanya allah je yang tahu betapa sedihnya hati aku masa tu. Aku tak salahkan dia, Aku yang salah dan memang patut aku terima semua ni. Hmmm. Dia bahagia tinggalkan aku "Memang langkah kanan lah orang tinggalkan awak" ayat ni sudah cukup pedih bagi aku :') Aku tetap tak salahkan dia. Benda ni jadi semua berpunca dari aku.

Dia pun dah bahagia dengan pilihan dia. Dia dah jumpa cinta dia. Aku hanya mampu berdoa dari jauh untuk dia. Aku tak kisah even aku terluka macam mana pun aku tetap nak orang yang aku sayang bahagia :) Alhamdulillah ALLAH dengar doa aku. Dia dah pun bahagia. Mungkin perempuan tu yang boleh buat dia bahagia. Mungkin perempuan tu akan hargai dia daripada aku hargai dia.Mungkin perempuan tu lebih faham kan dia. Cukup lah dengan apa yang dia tulis di twitter tentang perasaan dia pada perempuan tu. Sayangnya dia pada perempuan tu sampai sanggup tunggu perempuan tu. Bukan perasaan sayang malah perasaan CINTA pun dia ada pada perempuan tu. Betapa untungnya perempuan tu :)


Masa ni awak marah orang sebab pakai baju ni. 
Jarang katanya.
Hikhik


Masa ni kita pergi event JOHO 
Pagi tu awak datang rumah tengahari 
kita keluar sama2 :)


Masa ni awak teman orang shopping. Semua baju orang nak awka tak suka
Bila awak pilih orang pula tak suka. Cuma satu tu je yang orang suka
then orang beli. Terima kasih canti baju tu :)


Masa ni kita otw nak balik. Orang rasa bahagia sangat masa ni
terima kasih sudi luangkan masa dengan orang 
:')


Masa ni bufday orang last year. 
Awak bawak pergi bowling
selekehnya orang masa ni
hahaha 


This year awak tak sambut bufday dengan orang
orang sambut dengan kawan2 n family je
sebab kita dah tak ada apa2 :')


Comelkan pakai baju sekolah? hahaha
Gambar last sekolah masa form6
:)


Gambar ni sebelum orang nak pergi kolej.
Esoknya orang pergi kita keluar
tengok wayang :)


Awak ingat lagi gambar ni? Orang still simpan lagi.
Gambar mula2 kita baik dulu lepas 3bulan kita pisah
:')


Bila orang merajuk mesti awak bagi benda2 macam ni
nanti mula lah orang senyum sorang2
hikhik


"Masa tengah study orang bosan tetiba buat ni untuk awak"
orang still ingat lagi ayat awak.
Terima kasih awak :')

Awak andai kata awak terbaca blog orang, orang minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih sudi terima orang dalam hidup awak. Terima kasih bahagiakan orang, Terima kasih sudi terima orang seadanya. Orang akan cuba buang awak dari hidup orang. Orang minta maaf kalau orang rindukan awak :'( Kasih sayang yang awak bagi orang hargai. Awak jaga diri baik2 okey. Jaga DIA baik2. Jangan lukakan hati dia. Kalau nak cari perempuan cari yang lagi baik dari orang. Cuma orang nak pesan kalau niat untuk kawan jangan layan lebih2. Hati perempuan mudah terusik :') Sekarang awak dah tak ada dalam hidup orang. Awak bahagia orang tahu semua tu. Awak jangan risaukan orang. Orang terima apa yang jadi. Kita manusia hanya mampu merancang ALLAH yang tentu kan semuanya. Ada masa awak dengar lagu ni ea "MASIH AKU CINTA" Maafkan orang sekali lagi. Tak mo sedih2 okey. Lepas ni dah tak siapa nak panggil orang 'Musyuk' 'Baby Princess' orang akan rindu gurauan awak. Suara awak. Senyuman awak. Bau awak. Semuanya orang akan rindu :'( Orang pergi dulu. Ada jodoh kita jumpa lagi. Biar masa yang tentukan semuanya :)

27 FEB 2012-13 APRIL 3013


Newer Post
Older Post