Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Kawan BaruKu
30 June 2012 | 0 Possible[s]
Hello korang ! aku lupa nak story pasal kehidupan baru aku . Aku dah pergi study kat INSTEDT! kolej swasta oke ! Tapi murah punya , kalau mahal aku tak mampu . 

Mula2 hidup aku tak terurus sikit lah kat sana . Banyak benda yang aku tak tahu kan . Tulah kat rumah rajin sangat buat kerja . Hihi. 

Tapi paling sedih saat aku nak berpisah dengan mama ! Sumpah! aku tak pernah berjauhan dengan dia.First time dengan dia macam tu . Sedih sangat2 . Memang kat hati ni rasa nak balik je! Tapi aku tabahkan hati kena kuatkan hati .  Sebab nak kejar cita2 aku. 

Jeng ! jeng ! jeng !



Miera,Wani,aku,anim & shasha. Actually ada lagi 4 orang tapi masa tu dorang tak ada pulak. Tapi yang penting budak2 ni semua baik ! semua boleh layan kepala aku. Even belajar lain2 cos tapi dorang still nak tolong antara satu sama lain bila ada assignment or pape lah . 


Ni masa orientasi yang lain sebok melantak . So tak dapat lah nak snap pic ramai2. Nanti kalau ada masa aku tunjuk semua gambar housemate aku oke ! 

Apa2 pun aku suka kawan dengan korang . Thanks oke sudi layan kerenah aku yang mengada ngada ni. Meyh sini aku cium sorang2 ! 
EeMmMuUuAaAHhH ! :*


Sayang Itu Menyakitkan
28 June 2012 | 0 Possible[s]
Andainya aku boleh putarkan masa akan aku putar kan segalanya dalam hidup aku. Dulu kau buat aku bahagia dengan kata kata kau . Dengan layanan kau . Dengan sentuhan kau. Tapi kini kau menyakitkan aku sedalam dalam yang mungkin !

Apa dosa aku pada kau ? Apa salah aku pada kau ? Aku sedar aku hanya bertepuk sebelah tangan ! Cinta tak harus dimiliki! Salah aku jugak kerana terlalu sayangkan kau sepenuh hati ! Sehingga aku kunci pintu hati aku kepada lelaki lain. Hanya kau saja yang berada dihati aku! Hanya nama kau saja! Tapi apa yang aku harapkan dari kau tak seindah yang aku sangka. 

Kemana sayang kau pada aku ? Adakah aku ni ibarat patung ? Adakah aku ni ibarat barang mainan kau? Adakah aku ni sampah bagi kau ? Bila perlu cari bila tak perlu kau campak kan aku sesuka hati! Aku hanya manusia biasa ! yang punya hati dan perasaan ! Aku manusia yang tak lari dari buat kesilapan.

Kau tak perlu hukum aku dengan semua ni ! Jika kau dah terlalu bencikan aku buang aku elok2. Jangan kau seksa hati dan perasaan aku . Jika aku melakukan kesilapan kau maafkanlah aku . 
Kesilapan kau , aku dah maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki aku .

Alone Again

Sekarang aku lalui kehidupan aku dengan sunyi . Seperti masa2 dahulu . Seperti ditinggalkan kekasih aku 3tahun dahulu.
Kadang2 aku rasa hidup ni tak adil ! Kenapa aku di pertemukan dengan lelaki seperti itu ?
Apa salah aku sampai aku dihukum sebegini ?
Apa dosa aku ?

Bila mengenang nasib aku , aku sedih sangat ! sangat sangat sedih ! Kenapa hidup aku tak seindah kehidupan orang lain ? Aku tak layak ke dapat kebahagian ? Aku diuji dengan bermacam macam dugaan. Kenapa macam ni ?!! AKu dah penat nak menangis ! Air mata aku semakin hari semakin banyak keluar ! Aku tak sanggup nak lalui semua ni ! Aku tak sekuat mana pun ! Aku manusia biasa ! Ada hati ada perasaan !

Aku selalu tertanya tanya , kenapa tuhan bagi aku hati dan perasaan ?? Hati dan perasaan aku selalu disakiti! Mungkin aku bukan perempuan yang baik bagi seorang insan yang bernama lelaki. Aku tak layak dapat kasih sayang dari seorang lelaki! Mungkin memang ditakdirkan hidup aku selalu sunyi ??


Aku dah berserah pada takdir! Mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku ! Mungkin jugak boleh buat dia bahagia. Aku selalu doakan kebahagian dia . Biar aku merana asalkan dia bahagia. Itu sedah cukup buat aku. Aku hargai kasih sayang serta layanan yang telah dia bagi kepada aku. Dia datang masa aku betul2kan perlukan seseorang . Kini dia telah pergi jauh dari hidup aku . 

Andainya AZURA itu jodohnya ! Dia orang paling gembira dalam hidup . Manakala aku hanya mampu tumpang gembira dengan kebahagian dia. Even hati aku terluka ! Bernanah ! Aku tak kisah ! Asalkan orang yang aku sayang bahagia bersama dengan perempuan yang dia impikan. 


Dan aku hanya mampu tersenyum disebalik wajah aku ! Biarlah aku tanggung semua ni dengan sendirinya.Biarlah aku sakit sorang2. Aku dah tak nak menyusahkan siapa siapa lagi. 
Mungkin dia bukan jodoh aku . Dan aku tak layak berdamping dengan lelaki sebaik dia. Aku sedar aku perempuan yang hina ! Keji ! Kotor! 


Aku akan cuba buang perasaan rindu ! Cinta ! Sayang ! terhadap dia. Aku sedar aku hanya bertepuk sebelah tangan . Aku perempuan yang tak tahu malu . Menagih simpati pada yang tak sudi .
Andainya ada ubat yang boleh melupakan segala galanya tentang aku dan dia ! Aku sanggup beli walaupun harganya mahal. 

Untuk melupakan kau , aku perlu mengambil masa . Mungkin 3tahun ? mungkin 5tahun ? mungkin jugak 10tahun. Kau telah berjaya bukak pintu hati aku . Dan kau jugak telah berjaya mengunci pintu hati aku kembali.

Aku selalu berkata pada angin "bawalah rinduku ini sejauh jauh yang mungkin,kerana aku tak sanggup nak simpan perasaan yang sedia ada" 

Aku memang perempuan yang lemah ! Disebabkan kelemahan aku , aku sering dipermainkan ! Hati dan perasaan aku bukan untuk disakiti tapi untuk disayangi. Dan aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi aku selama 4bulan perkenalan kita. 

Kau sudi layan kerenah aku yang kadang2 menyakitkan hati kau sendiri. Aku mintak maaf kerana menyakitkan hati kau selama ni . Aku akan belajar lupakan kau dari hidup aku . 
Pergilah kau jauh2. Jangan datang lagi dalam hidup aku . Aku dah mengalah dengan kau. Aku pergi dulu. Aku harap kau bahagia disamping orang yang kau sayang.


"Sudah cukup cukup sudah,Cukup sampai disini saja,Daripada batin terseksa,Lebih baik kupergi saja"

:')
25 June 2012 | 0 Possible[s]

Malam ni sunyi je . Budak2 ni semua dah tidur . Maklum lah esok masing2 ada kelas pagi . Aku je kelas petang2. 

Tadi baru lepas call dia . Dia dah nak pergi , dia nak pergi tinggalkan aku . Aku kat sini dia kat pahang . Jauh oke! Sangat jauh dari aku . Aku dengan dia tiba2 tak baik. Biasa punca dari aku lah. Actually, aku kecik hati dengan dia . Tapi dia tak perasan , sokeyh lah ! Aku bukan siapa2 lagi pun salah aku jugak bukan salah dia.

Sayang aku pada dia tak pernah berubah walaupun sikit . Aku cuba sabar dengan perangai dia yang suka melayan . Sokeyh lah bagi aku even dia macam tu pun aku kena terima baik buruk dia . Semua manusia tak sempurna kat dunia ni . Aku pun ada jugak salah silapnya .

Dia tak tau aku kecik hati dengan dia sebab aku tak pernah cakap apa2 dengan dia . Aku lebih suka diam daripada bersuara . Kenapa aku macam tu ? Sebab aku tak nak gaduh dengan dia. Lagi2 jarak antara kami dah terbatas.

Sokeyh kalau dia nak lupa kan aku . Benda tu jugak yang aku mintak pada dia . Mungkin lama2 dia bosan dengan perangai aku yang menyakitkan hati dia . Tapi aku tak pernah bosan dengan perangai dia . Even benda tu menyakitkan hati aku sendiri :')



Aku tak nafikan dia dah cuba jadi yang terbaik untuk aku . Aku hargai dia sangat2 . Tapi entah lah kadang2 aku tak boleh terima perangai dia . Hati aku sakit ! Dia tak tahu semua tu . Aku yang tanggung sorang2.

Apa2 pun aku doakan dia berjaya dalam kehidupan dia . Hope satu hari nanti dia akan lupakan aku . Kalau lupakan aku itu lebih baik bagi dia . Ok fine! aku terima .
Macam dia cakap aku suka menyusahkan hati dia . Aku buat dia tak tenang . Mungkin betul apa yang dia cakap. Aku terima semua itu dengan hati yang terbuka.

Aku akan belajar hidup tanpa dia. Hari2 aku akan kosong tanpa dia . No good morning ! No good night.
Salah aku , so aku kena terima semua ni . Hope dia jumpa perempuan yang lagi baik dari aku . Aku tak kan sesekali lupakan dia walaupun seminit.

"Awak , orang betul2 rindukan awak, hope awak maafkan orang"

:'(

Kite Sayang Kakak Kite :')
24 June 2012 | 0 Possible[s]

Now turn kau pulak pergi tinggalkan adik2 kau . Oke sedih ! 
Nanti ada masa kita jumpa lagi oke kakak .
Nasib baik kau pergi dekat2 jB jugak . 


Belajar rajin2 oke . Jangan lupa adik2 kau kat sini . 
Jangan salah pilih kawan . Kalau apa2 jadi kat sana , anggap je tu satu dugaan buat kau .
Kalau ada orang buli2 kau . Kau marah oke !
Kau kan kuat . 
Hahaha.




Nnati ada masa balik jumpa kita orang ea . 
Kat sana kalau kau ada prob ke cepat2 bagitahu kita orang .
Jangan lupa aku tau dil .

Sayang kau kakak .
Rindu kau nanti .
:'(

Good luck dila . Aku harap kau capai apa yang kau nak selama ni .
Aku sentiasa doakan kejayaan kau .
Ingat adik2 kau kat sini oke . 

:')

Terima Kasih Awak :')
16 June 2012 | 0 Possible[s]
Entry kali ni has untuk awak MOHAMAD HAFIZAIZAT! Orang buat entry ni just suka2 oke! Orang tak nak masa dia baca dia sedih ! Orang tak suka tengok dia sedih2. Senyum je oke ! Dah janji kan tak nak sedih2. Nanti dia sedih orang lagi sedih ! Hihi.

Awak kita kenal dah masuk 4bulan kan tapi tak pernah pun pergi tengok wayang! Haha , biasa jumpa pun depan rumah je . Patutnya first date tengok wayang tengok cerita romantik tapi kita tak kan , kita tengok cerita


Tengok cerita kartun ! Haha . Oke nasib baik binatang2 ni semua comel2 macam orang kan . Haha .
Tengok cerita kartun duduk sit couple ? :D

Awak tengok ni comel tak 


Orang nak yang ni , tak mo monyet tu . Monyet tu tak cantik ! yang ni comel mata besar . Hihi.


Gambar ni ? Huwaa !! Kalau tengok balik sedih kot ! Nanti rindu orang tengok gambar2 kita ea. . Awak jangan lupa orang tau . Orang cuba buat apa yang awak nak . Awak nak orang berubah kan ? Insyaallah boleh . Tapi orang perlukan masa. Awak thanks ea sudi keluar dengan orang . Habiskan masa dengan orang sebelum orang pergi . Orang tahu 2 3 hari ni kita banyak bergaduh ! Semua punca daripada orang . Awak sakit orang biarkan . Orang tak jaga awak macam dulu2 lagi . Orang layan awak pun macam nak tak nak . Orang mintak maaf ea. Seriusly ! Kita takut hilang antara satu sama lain kn ? Orang tak ada kawan dengan lelaki lain kecuali awak . 

Insyaallah kalau tak ada apa2 sebelum dia pergi orang balik oke ! Kita keluar lagi jalan2 macam semalam tau . Awak layan orang baik sangat ! Even orang study dekat orang susah kowt nak tinggalkan awak kat sini . 
Awak jaga kesihatan , makan ubat kalau sakit ! Jangan degil . Ingat semua pesan2 orang . 
Nanti kat sana orang mesti rindu budak gembeng ni ! Nanti dah tak ada siapa nak cucuk2 kite . 
Huk3 ! Sedih oke ! 
:'(



Macam ni lah perasaan orang bila orang tak layan awak ! Malam2 sedih ! selalu sebelum tidur kita mesej2 . Wish good night ! Pagi2 wish good morning ! Macam awak cakap orang ego ! 
Suka tipu2 dia . Sayang tapi suka cakap tak sayang . Haha .


Awak tak mo sedih2 ea . Comelkan budak kat atas ni ? Haha ! Jangan cakap tak ! Awak selalu cakap kite comel . Hihi. Orang sayang awak ! Orang akan selalu rindu awak . 
Take care ea awak . Orang pergi belajar bukan pergi holiday semua , So jangan sedih2 oke . Ada masa kita keluar sama2 lagi . 


I WILL MISS YOU BUDAK ! 


:'(

Always Miss You


Korang before aku pergi aku buat entry ni untuk korang . Korang kan BFF aku . Kawan aku dari 
kecik sampai sekarang . Nanti aku mesti rindu korang bila aku pergi belajar . 



Dilah tak sangka aku dapat jumpa kau sebelum aku pergi ! Oke aku sedih , datang2 terus peluk kau , nangis2.Nanti kau pun nak pergi belajar jugak kan , tapi nasib aku kena pergi dulu . Sedih oke nak tinggalkan korang semua, , Hope kau berjaya kat sana nanti . Ada masa balik kita jumpa ok. 
Jangan lupakan aku tau :')



Yuhoo ! With my twin ! Oke iya lepas ni aku dah tak dapat merayap lagi dengan kau . Selalu petang2 ada je plan nak merayap kan? Lepas ni kalau nak merayap tunggu aku balik lah ea. Kalau tak muka aku je hari2 pergi rumah kau tu ! Thanks sebab layan aku sebelum aku pergi . 
Nanti kau mesti rindu aku kan ? Haha . Jangan tipu nanti tuhan marah tau . 
Aku harap kau dapat lah sambung mana2 , aku mintak maaf sebab kecik kan hati kau hari tu . Aku tahu kau tension dengan abah kan ? Abah tak bagi kau pergi tempat yang kau nak . 
So, ni bila abah da bagi green light ! Belajar rajin2 oke ! Eh lagi satu sedap kek kau , thanks yerk sayang :P



Dengan adik kita ! Kesian sue tahun ni tak dapat pergi mana2 lagi . Sebab budak ni kena pergi PLKN ! Berkhimat untuk negara dapat pahala tau sue . Haha . Aku tahu kau tak sabar nak pergi belajar kan ? tapi better habiskan PLKN kau . Nanti kat sana jangan bagi orang buli2 kau faham ?! Ingat pesan aku jangan biarkan orang buli2 kau .  Nanti ada masa aku balik aku nak kau bawak aku naik rondo lagi oke ? Haha. Kau jangan sedih2 tau , aku pergi dekat je. bila2 boleh balik . Ada masa kita jumpa oke! Eh ! thanks oke sebab belanja aku JCO COUPLE. Nanti nak lagi boleh :P



Nanti dah tak boleh jalan2 macam ni lagi kan ? Aku mesti rindu korang kat sana 
:'(



Aku selalu rindu korang . Korang jangan lupa aku tau . Nanti aku balik kita jalan2 ea. Aku nak naik rondo sue . Haha . Koranglah kawan paling best ! Sebab tu aku sedih bila nak tinggalkan korang.
Thanks sebaba luangkan masa untuk aku sampai lewat pagi . Aku tak kan lupa jasa baik korang !
Sayang korang semua 


:')



Thanks To Be My Friend
15 June 2012 | 0 Possible[s]
Actually aku buat entry kali ni just suka2 untuk korang baca je. Hope masa korang baca ni korang tak sedih. Sebelum aku pergi aku nak bagi something supaya korang tak lupakan aku. 
Aku nak korang ingat balik semua kenangan yang kita lalui masa kat sekolah.



Nampak tak gambar gerak2 ni fain ? Aku jumpa kau masa first day aku masuk form6. Mula2 tu just tegur gitu2 je. Tanya nama semua . Sekolah mana . Tapi dalam hati aku , aku cakap macam aku kenal kau . Then rupanya kau kawan aku satu kelas masa kita darjah 1. 

Dan sejak kita kenal ni lah kau selalu dengan aku . Rehat dengan aku . Teman aku pergi toilet. Kau jugak lah jadi wartawan aku bila aku tak datang sekolah. Haha. 

Ingat tak wallet kau tertinggal dalam beg aku? Then aku panggil kau minah indon tak ada IC ? Haha . Oke sumpah ! aku suka bahan2 kau . Mungkin aku tak perasan kata2 aku kadang2 boleh buat kau kecik hati ke . Sorry tau fain! 

Aku suka bahan kau sebab kau suka mantol balik. Mulut kau pun lebih kurang sama je macam aku . Kisah kau dengan Faris ketua kelas aku tak kn lupa kan oke ! 
Asal nak bahan kau je mesti petik nama faris. Kesian faris yang tak bersalah tu !
Haha.


Gambar2 ni semua bermakna buat aku. Ni semua kenangan bagi aku . Walaupun kita kenal tak sampai sebulan tapi kita kenal macam dah lama kan ? Aku suka kawan dengan korang. Bukan senang aku nak campur dengan orang . Tapi bila dengan korang aku selesa. Kepala pun masing2 gila2. Mulut pun masing2 lancang gila ! Haha. 



Nampak tak ? My superhero ! Aku anggap korang hero aku sebab korang je kot kawan bergaduh aku ! Lagi2 si wan ni , ada je benda yang dia ta puas hati . Ada je benda dia nak bahan . Tapi bila kau kena bahan tahu pulak diam. Betulkan wan ? Haha .

Daus si abang KPOP pujaan gadis2 lower form6 .   Tak heran lah kalau perempuan terkejar kejar dia kan ? Budak ni pendiam je! Tak banyak cakap. Tapi aku suka kacau dia. Ada je benda aku nak usik dia. Tapi nasib baik dia nak jugak layan aku . 
Haha.

Yang lagi sorang tu kenal kan ? Haha , kalau tak kenal penipu sangat ! Habis satu blog ni kisah aku dengan dia je. Pasal dia ta mo cerita , tu dekat entry lagi satu oke :)


Serius aku sedih nak pisah dengan korang semua ! Nanti dah tak boleh gurau2 , ngajeng2 korang .
Wan dengan Daus belajar rajin2 oke ! korang kat form6 kena rajin , budak pandai je masuk form6 ni sebab nak masuk U kan ? Untunglah korang belajar 1tahun lebih je . So belajar rajin2. Jangan lupakan aku tau . 

Fain i will miss you sayang ! Kau kat pahang kan dengan Aizat ? Aku harap korang tak lupakan aku bila korang kat pahang. Untunglah korang belajar satu negeri . Aku rindu kot nanti kat kornag semua . Hope korang pun rindu aku jugak .

Aku sedih sebab aku kena pergi dulu dari korang . Masa aku tak lama macam korang . Tak apa aku pergi dekat je . Nanti kalau sempat before korang pergi aku balik , kita hangout ea? 

Apa2 pun aku nak ucapkan thanks kat korang sudi kawan dengan aku ! Kalau aku buat salah aku mintak maaf oke. Ada masa kita gaduh2 lagi . 
Haha .

:')



Akhirnya Mama Lepaskan Aku :')
7 June 2012 | 0 Possible[s]
Hai korang . Sihat? Dah makan belum . Aku tak makan lagi ni , sebab tak selara . Bulan ni memang bulan yang paling tension bagi aku ! Macam2 dugaan yang aku kena lalui kot. Tapi bila benda ni berkaitan dengan mama serius aku tak daya nak lawan .

Aku dapat sambung study kat melaka! Oke memang aku nak pergi sana! Sebab aku nak belajar hidup berdikarai. Aku nak belajar hidup tanpa family. Sampai bila aku nak harapkan mama basuh baju aku? Lipat baju aku? Masak untuk aku? Aku ni boleh dikatakan tak pernah buat kerja rumah langsung! So aku nak sangat belajar hidup berdikari! Tapi apa yang aku nak tak sama dengan yang aku impikan.

Semalam tiba2 mama cakap 

"Tak payah sambung study kat melaka. Kalau tak nak sekolah berhenti je. Duduk rumah!"

Betapa sedihnya aku bila mama cakap macam tu kat aku! Aku selalu tertanya tanya kenapa mama buat aku macam budak2? Aku tahu dia sayangkan aku . Sebab aku sorang anak perempuan dia. 
Tapi dia tak faham ke?? Aku ada cita2 . Aku nak masa depan aku cerah . Nanti bila dah senang aku boleh tolong family aku .

Aku memang dah give up ! So malas nak fikir benda2 ni . Dia mak aku so dia mungkin tahu apa yang baik untuk anak dia. Aku ikut je apa dia suruh . Tak kisah lah kena duduk rumah ke apa ke. Kalau dia suruh aku khawin sekali pun aku buat . Pilihan mak bapak lagi berkat berbanding pilihan sendiri .

Tapi !!! Tadi aku dapat good news ! Papa suruh aku pergi study kat INSTEDT! KOTA TINGGI DESARU! dalam kepala aku say "JOHOR JUGAK" oke aku abaikan pasal negeri tu ! Tak kisah lah johor ke thailand ke asalkan aku nak belajar! Aku dapat jurusan Diploma Pegurusan Perhotelan 3tahun 6sem! Bidang yang aku minat kalau aku tak pergi memang aku rugi. 

Papa pun dah slow talk dengan mama akhirnya ! mama bagi aku pergi ! Mungkin sebab kat johor jugak. Senang dia nak tengok aku tiap2 minggu. Tapi masa yang diberi sangat suntuk ! 
16 JUNE 2012 aku dah kena pergi ! Barang2 aku semua tak siap lagi . Bank nak kena bukak akaun baru. Aku takut tak sempat je! Aku ada masa 9hari lagi untuk settelkan semua ni. 

Hope bila dah sampai sana aku dapat hidup berdikari . Aku dah tak nak susah kan mama! 
Harap sangat semua berjalan dengan lancar ! 
Pray for me oke !

:)


Maafkan Saya
6 June 2012 | 0 Possible[s]
Aku nak tunjuk something ! Something yang membuatkan aku sedih! Aku tak ada niat pun untuk sakitkan hati dia. Aku buat semua ni untuk kebaikan ! Tapi kenapa dia tak faham? 
Aku tadi just stalk facebook dia! Then ternampak dia buat note ni .



"hurmmm...makin lame fon aku dah mcm fon xde speaker je..senyap je !! silap2 ade bunyi cengkerik !! :'(
aku ni x cukop baik kew ?? jahat sgt ke aku ?? aku dah agak dah..aku mmg x ley kawan dengan pompuan..aku rindu kn someone ! aku syg die sgt2 !! dulu die kwn yg selalu amek berat sal aku n jge aku . tp ?? mne awak hilang ?? owg ade wt slh ke ??
urmmm..bile aku text die..die mesti layan aku nk xnk ! suke nganjing2 aku..suke cari gaduh..aku ni keji sgt kew ?? knpe die buat aku mcm gini ?? aku rindu kn kau yg dulu !!!!!!!!!!!!!!!
knp awk text saye then ckp pliss tggl kn org ? jgn cari org !!  org sedeyh gile tau x, dpt text mcm gini..
awk nk pegi belaja kn ?? x ley ke ?? layan owg baik..owg tau la owg jahat..x mcm kwn2 laki die !! semua baik2 belaka !!
aku takot sgt kau lupe kn aku bila kau dah sambung belaja..aku janji , aku xkn lupe kn kau..time aku xcident n ditimpa kesedihan..kau ade di sisi aku !! aku hargai kau..
hope bile die cuti nnti bile balik jb..kite kuar la eah ? aku nk sgt kite jd BEST FRIEND FOREVER !! UNTIL WE DIE !!
masok hari ni..dah bpe hari tah awk x mule kn text dkt sye..
sye rindu gud morning awk !! & gud night awk !! sblom tdow !! aku mesti tggu text dari die..rindu sgt :'(
mne awk ?? awk dah x jge sye pon...knp ?? sye xde standard ke ?? jd kwn baik awk...
dah lame kn kite x gurau2 !!  hari2 sye nagis laju2 !! kalo aku ade skali pon ckp la..kn dah jnji xde rahsia antara kite..lau ade problem kite solve same n baik2...tapi ?? knp awk terus senyap kn diri ?? keluar dh x  bgtau..dgn laki kew ? dgn pompuan kew ?? x kesah la sape..bf kew..cume,owg just risau je..
hope mlm ni awk text lar owg oke..rindu sgt..
kalo esok2 owg mati..jgn lupe melawat tau..
owg selalu amal kn prinsip ni..HARGAI ORG YG BERADA DI SEKELILING KITE..SELAGI MEREKA ADE..
org dah pernah kene ! seksa sgt !! sbgai contoh..spupu yg same umor dgn org dah meningal dunia..org sedeyh sgt!! terlalu cepat die pegi !!
hurmmm...stop sampai sini la..keyboard owg dah nk rosak ni..akibat banjir !! hehehe
pape pon hope kau sehat selalu !! aku rindu sgt aziera yg dulu !! rajin melayan aku..
k lar..gud night n sweet dreams !! papai !!  *untuk awk !! kalo awk bace :'("

Awak orang tak ada niat nak buat awak ! Tapi tolong lah faham! Orang buat ni untuk kita. 
Orang tak kisah kalau awak nak salahkan orang. Sebab orang tahu tak adil bagi awak bila orang buat macam ni . Orang tak pernah lupakan awak ! Walaupun sekejap. You are always in my heart!
Awak hantar MMS say good night ! Awak mesej orang tak reply kan ?
Biar orang diam . Diam itu lebih baik . Siapa yang tak sedih ?
Masa orang baca note tu tipu lah orang tak nangis .
Maaf kan saya .


Hari-Hari Saya Tanpa Awak
5 June 2012 | 0 Possible[s]
Hai korang kali ni entry aku mungkin sedih sikit kot! Ni melibatkan perasaana aku. Aku rasa dah 
lama kot tak cerita kisah hati dan perasaan aku kat sini kan. 

Aku dengan dia dah tak berhubung lagi . No call no mesej ! Just kat facebook or twitter. Tu pun aku kadang2 layan macam nak tak nak je. Mesti korang tertanya tanya kenapa aku macam ni?
Dulu bukan main sayang lagi aku kat dia. Sampai tak mesej pun aku dah merajuk bagai. 
Bukan tak sayang tapi sayang tu aku nak buang jauh2 . Mungkin bagi dia kejam! Tak adil aku buat dia
tapi aku buat ni semua untuk kebaikan masing2.

Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang dia, tak rindukan dia. Bukan senang aku nak buang semua 
perasaan ni. Aku tahu dia kecewa dengan perangai aku yang sekarang.
Mungkin nanti lama2 dia boleh lah hidup tanpa aku. Sekarang ni pun dia dah boleh hidup tak ada aku. Dia pun dah nak pergi belajar nanti kat sana jumpa lah perempuan yang lebih baik dari aku.

Sekarang apa aku buat , aku keluar semua aku dah tak bagitahu dia. Macam tu jugak dia.
Dia dah bebas dari aku. Kalau tak aku asyik marah dia je. Apa dia buat semua aku tak bagi.


Tapi malam tadi jatuh jugak air mata aku bila teringatkan dia. Aku sampai terdengar dengar suara dia
sampai terbau bau dia. Apa yang aku buat semua kau ingat dia. Tapi dia? 
aku tak tahu dia ingat aku atau tidak. 
Mungkin dia sedang bahagia disamping orang yang dia sayang.

Lagipun untuk apa lagi aku nak menangis sebab dia? Aku yang mintak dia lupakan aku.
aku yang nak pergi dari hidup dia. So aku kena tabahkan hati aku.
Tak guna berharap pada yang tak sudi. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti itu lebih menyakitkan.
Kadang2 aku terfikir jugak samapi bila aku nak sakitkan hati aku sendiri?
Sampai bila aku nak pendam dengan semua benda ni. 
Hati dan perasaan aku bukan untuk disakiti tapi untuk disayangi.
Tak adil kalau aku still mengharapkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.



Aku dah berjanji pada diri aku , setelah sampainya aku di melaka nanti aku akan lupakan semua kisah silam pahit dalam hidup aku. Biar lah angin yang membawa semua sedih duka tangis aku jauh2. Aku nak buang semua kisah2 yang selama ni menyakitkan hati dan perasaan aku. 
Aku nak bukak buku baru . Aku nak tutup pintu hati aku semula pada insan yang bernama lelaki.

Aku pernah cakap dulu dengan dia 

"Awak adalah lelaki yang bertuah telah berjaya membukak pintu hati saya yang selama ni saya kunci untuk semua lelaki"

Dan sekarang aku akan cakap kat dia

"Awak yang telah membukak pintu hati saya selama 3tahun saya kunci , sekarang awak jugak yang telah menutup kembali pintu hati saya"

Dan kini hari2 saya tanpa awak . Tanpa mesej2 awak . Tanpa gurau senda awak . Tanpa suara awak
bukan senang aku nak lalui semua ini . Tapi aku kena kuat ! Sampai bila aku nak lemah bila dengan dia?? Dan aku telah pun memilih jalan hidup aku untuk melupakan dia pergi ke negeri orang.
Biar lah aku membawa diri ke sana untuk merawat luka di hati aku.

Sekiranya awak bukak blog saya , saya cuma nak cakap terima kasih sudi melayan baik buruk saya ketika saya bersama awak . Terima kasih atas layanan awak kepada saya selama ini.
Terima kasih kerana mengubah sedikt sebanyak cara hidup saya.
Terima kasih kerana hargai saya dalam hidup awak ! Terima kasih kerana sudi sayang kan saya
even sebagai seorang kawan. Terima kasih kerana awak sudi merindui saya.
Terima kasih kerana sudi menjaga saya dengan seikhlas hati . 
Dan terima kasih kerana sudi membazirkan air mata awak kepada perempuan seperti saya.

Saya akan doakan kebahagian awak . Harap awak bahagia disamping orang yang awak sayang.
Lupakan saya perkara lebih baik dalam hidup awak . Saya tahu awak meran saya jugak derita.
Tapi ini lagi baik daripada kita terus berhubung.
Saya harap awak maafkan saya.

Balik kampung !
4 June 2012 | 0 Possible[s]
Hai korang apa khabar ? sihat semua ? Actually aku ni tak boleh tidur so daripada duduk terlentang
hadap lappy layan facebock & twitter yang dah tak ada apa2 tu , better aku update blog.
Kalau sudi baca lah , kalau tak sudi nak baca sudah ! pergi main jauh2.
Haha.

Ni aku nak cerita sikit pasal nak balik kampung ni . Dah lama tak balik kampung. Entah buang tebiat
apa lah papa ajak balik kampung ! Aku memang malas nak balik . Sebab melaka panas kot!
Siapa boleh tahan duduk situ . Bila malam je sejuk bagai nak gila. 
Lagi satu aku sayang kot nak tinggalkan bantal bucuk aku ! Nak tinggalkan laptop lagi.
Boleh mati keras aku tak online satu hari .

Nak tak nak kena balik jugak! Online pun guna fon je! Fon mama lah jadi mangsa. Maklum lah 
fon aku dah mintak ganti, tapi wangnya enggak ada pulak . 
Sampai sana dalam pukul4pagi macam tulah . Sampai bukan terus tidur , kena temu ramah 
dengan pakcik makcik aku lagi . Mata dah nampak bantal je .

Eh lupa nak cakap malam sebelum gerak melaka tu . Papa bawak pergi makan ! Aku makan kek
icecream ! Sedap tau . Tengok ni 



Yummy3 ! Aku makan sekali tiga. Papa cakap ni kira kek happy birthday aku lah.
Haha.

Oke tutup cerita kek ! Then sampai sana dah penat dalam pukul7 lebih aku tidur. Mama kejut2 suruh bangun aku tak bangun ! Siapa seyh yang tak ngatuk !
Tapi nak tak nak bangun lah jugak ! Siap2 semua . kali ni aku balik kampung selekeh !
Tak vogue macam selalu . Haha.



Muka aku ? Haha. Pipi tak boleh blah la seyh ! Disebab kan panas yang teramat sangat kat sana
aku terpaksa sepit je rambut aku . Make up berjam jam kena panas tak sampai 1saat dah cair!
So, tak kisah lah kalau tak vogue pun. Sekali sekala orang tengok aku selekeh !


Burger KING ! masa ni dah lapar tahan kritikal ! Sampai suruh papa beli burger.
Kalau ikutkan mama makan kt wedding je ! Tapi ada kau kisah ?
Dah lapar sangat kot. 
Haha.


Masa ni dah dalam pukul8 malam. Muka aku pun dah macam haram !
Pelamin ni cantik , aku suka , Masa duduk kat atas ni aku bayangkan macam mana lah kan kalau 
aku khawin ? Dengan siapa agaknya ? 
Tapi yang penting pelamin aku nanti nak warna PINK !
Kalau laki aku tak suka , biar aku sorang2 je duduk sanding atas pelamin.
Hahaha.



Gambar ni second day ! Ni pun nak pergi wedding jugak ! Masa ni panas gila ! Macam nak terbakar
muka aku ni. Tapi nak snap punya pasal senyum jelah . Nak buat kenangan balik kampung !
Haha.


Masa ni aku tiba2 teringat someone yang aku sayang. Seriusly! Aku rindu dia sangat2. Tapi apa boleh buat , aku redha dengan semua yang jadi . Tapi kesian kat dia!
Biarlah aku buat semua ni untuk kebaikan dia jugak .
Actually , baju kurung ni yang membuatkan aku teringat kat dia ! First time aku jumpa dia pakai baju 
ni. Dia selalu ada dekat dengan aku even kita orang jauh !

Ish ! Asal tiba2 story pasal perasaan aku ni? Haha.
Sudah cukup , cukup sudah aku dah penat nak mentaip .
Nanti ada masa aku cerita lagi oke !

:)




Newer Post
Older Post