Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Im IeraMohd. Normal Girl. Forever21. World. Around in my blog? Thank to read my story mory. Enjoy~



A Little Princess




Status

Worry less. Smile more dont regret just learn and grow. Princess of MAY.

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram
: Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Mama Oh Mama
28 April 2012 | 0 Possible[s]
Oke dah berapa malam ni aku macam susah nak tidur. Selalu fikirkan masa depan aku. Aku tak tahu
nak pergi ke tak form6 tu. Aku takut tak boleh bawak. Form6 ramai cakap susah
aku ni dah lah terlalu bijak! Elak tak boleh bawak je. 

Mama papa cakap senanglah. Cuba dia kat tempat aku ni. Mesti pening gila2. 
Tadi aku talk lagi baik2 dengan mama. Seboleh boleh aku nak pujuk dia.

"Mama nanti kalau dah masuk sekolah buatnya orang dapat surat belajar macam mana?"

Konon nak pancing dia lah ni. Tiba2 mama diam. Dalam hati aku mesti dia tengah fikir2
mana tahu tiba2 dia cakap tak payah pergi ke kan . Tapi lain pulak yang dia cakap

"Kalau dapat mana2 nanti berhenti jela. Apa susah."

Amboi senangnya mama cakap. Dia tak fikir ke duit banyak dah keluar?
Dengan nak beli baju,kain,kasut,tudung barang2 sekolah yang lain lagi
tu kan semua guna duit. Seriusly! bagi aku tu satu pembaziran!

"Tak kan macam tu ma?Sayanglah kat duit tu.Dah beli macam2 lepas tu berhenti.Nanti nak 
keluar duit lagi kalau orang nak pergi sambung tempat lain."

Barang sekarang kalau murah tak apa. Duit bukan senang nak cari sekarang. Aku terdiam jela
dah tak tahu nak cakap apa.

"Cuba kau cakap kenapa kau tak nak pergi sekolah? sebab kena pakai baju sekolah ea?"

Ish! mama ni fikir macam tu lak. Bab baju tu semua aku tak kisah sangat.
Tapi bab kawan tu memang aku kisah gila! 
Dahlah sekolah tu asing bagi aku. Kat situ aku tak kenal siapa2 pun.
Then nanti pergi daftar sorang2?
Omg ! Huk3!

"Bukan sebab baju sekolah lah. sebab lain la.Hmm."

Aku ingat mama dah tak nak tanya apa2 lagi. So, aku sebok lah dengar lagu
tiba2 dengar dia ceramah lak.

"Sebab kawankan? kau tak ada kawan kn? kenapa nak fikir kawan? Nanti kau susah
kawan ke tolong kau?Nanti diaorang pandai kau yang tak pandai2.Kalau kau dapat sambung
mana2 tak apa jugak. Buatnya tak dapat macam mana??
Nak jadi apa kau? Atlist kalau kau amik form6, kau dah selamat jugak
kalau tak dapat mana2 kau dah belajar kat sekolah. Nanti kalau tak ok berhenti jela.
Nanti pergi belajar tempat lain kau kena cari kawan jugak kn?
Fikir diri kau tu. Jangan fikir orang lain. Papa pun tak kisah 
kalau kau nak berhenti kalau dapat sambung mana2."

Ni makan dia! sedap kena bebel. Meleleh air mata aku mama cakap macam tu.
Oke fine! aku dah kalah dengan mama. So, tak nak cakap apa2 lagi. Kang ada dapat
tangan nanti. 

Tadi aku siap pergi search kat google lagi kebaikan masuk form6 ni.
Hahaha.
Memang banyak baiknya masuk form6 ni. 
Jimat masa, jimat duit, 
Tapi kena kerja keras sikit lah.
Sebab setiap subjek ada assgment. Aku takut tak boleh bawak subjek
Pengajian AM dengan Sejarah!
Susah beb. Sejarah sekolah pun aku tak pass. 
Hahaha.

So macam mana ni? 
Tarikh daftar 8 mei ni. 
Masa untuk aku fikir dah tak banyak lagi. 


Tension betul lah fikir benda2 ni. Sampai aku susah nak tidur.
Mungkin apa yang mama cakap tu betul. Aku anak dia. Setiap mak nak anak dia 
berjaya. Mungkin dia tahu apa yang terbaik bagi aku.
Apa2 pun keputusan aku, Nanti aku update yerk.
Sekarang dah pukul4.00pg.
Tapi aku still tak tidur lagi.
HmMmm.

:')


Surat Untuk Awak
26 April 2012 | 0 Possible[s]
Ponn ! Ponn ! Ada surat ! Sila bukak peti surat anda !
Apa tak nak bukak ? Mana boleh ini surat penting untuk awak
dari jauh saya kirimkan buat awak tau. Cepat bukak !




Hah! Pandai pun bukak kan ? Macam ni lah baru sayang dia. Cepat baca
tengok apa orang tulis untuk dia. Orang nak bila dia baca ni , tak mo sedih2
senyum je oke ? :)


Ingat lagi tak masa ni?? Masa ni genap kita kenal sebulan.
Bagi orang setiap gambar ada maksud yang tersendiri.
<3 Sayang Mucuk ! <3


Hah! yang ni orang suka . Sebab dia buat muka comel dia.
Jeles orang tau . Hahaha .
Suka kan terjah2 orang kat rumah? Suka tengok orang selekeh.
Ish ! 
Budak ni memang tau . Gigit nak ?
:P

27 FEB 2012 - 27 APRIL 2012

Awak nampak tak tarikh tu ? Tak kan tak nampak punya besar saya taip ni.
Nampak kan ? awak ingat lagi tak pada tarikh ni ? Apa tak ingat ? Tak ingat sedih lah.
Kalau ingat orang tak sedih . Hahaha :P

"Kita berkenalan dalam laman muka buku . Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
oh .  oh . "

Alamak ternyanyi pulak ! Oke fine awak cakap suara saya tak sedap. Tapi memang pun.
Hahaha. 
Ingat lagi macam mana boleh kita kenal sampai sekarang ?
Kalau ingat balik memang orang yang malu. Orang yang gatal pergi  
comment status dia. Hahaha .
Tapi betul lah apa orang lain cakap

"Tak kenal maka tak cinta"

Tengok sekarang kita pun dah kenal kan . Masa awak baca ni genap 2bulan kita kenal
Terima kasih sudi jadi teman saya . Awak selalu teman saya kan ? Mesti bosan hari2 teman saya.
Hahaha. 
Cuma sekarang kita dah tak semesra dulu. Mungkin awak rasa sama je . Tapi orang rasa
lain. Orang pun tak boleh salahkan awak jugak . Orang pun ada buat salah kat awak.

2 hari yang lepas


Terima kasih sudi datang jumpa orang. Seriusly ! rindu dia tau. 
Huk3!! :'(
Orang happy sangat bila dia cakap nak jumpa. Senyum lebar2 je orang. Haha.
Bila kita jumpa mesti orang tak tahu nak cakap apa.
Awak selalu tanya orang 

"Kenapa senyap je dia ni ? Senyum2 je"

Bila dah tak tahu nak cakap apa senyum jela yang orang boleh buat. Hehe. Orang bukan tak nak
cakap apa2, orang takut apa yang keluar dari mulut orang ni akan menyakitkan hati awak.
Lagipun oke what kalau orang senyum je kan comel macam ni


Comel kan ? Jangan cakap tak ! Sebab awak selalu cakap saya comel. Haha.
Ingat lagi gambar ni ? Orang pakai buat DP kat Facebook. Disebabkan DP ni jugak lah
orang kenal awak. *mesti tak ingakn ? tak ingat tak apa, saya tak nangis pun*



Banyak2 gambar dia orang LIKE yang ni ? Ingat tak ? Mesti tak ingat jugak kan ?
Hahaha.
Ni kenyataan orang nak bagitahu awak 
'FIRST TIME ORANG LIKE GAMBAR LELAKI'
dan lelaki tu adalah awak !
See ?
Bertuah tak awak ? Hahaha.
First time date awak pakai baju pink . Sebab saya yang suruh. Hehe.
Comel boleh ? >.<
Hahaha. Mula la tu nak perasan .
Wuek ! :P

Bagi orang dulu kita lagi happy. Masa awak kerja. Hari2 orang tunggu awak
balik kerja. Tunggu awak mesej orang. Kalau awak kerja pagi. Pukul9.00pagi
mesti fon orang dah berbunyi. Bila bukak mesej tu orang bangun terus duduk n reply mesej awak.
Orang selalu pesan kat dia macam ni 

"Morning. Bawak motor baik2. Kerja baik2. Sayang awak la gedik!
EeMmUuaAaHhH !"

Hari2 sebelum pergi kerja orang pesan benda yang sama. Betul tak ?
Hahaha.

Tapi lepas dia cakap macam ni kat orang

"owg tkt ilng dye. . n owg tkt kecewakn dye . owg sygg dye !! if kte cple . . nnty lau xde jodoh break . pstu da x bertegur . owg nk kekal lme2 kwn dgn dye . .tpula lau owg ckp owg tk cintakan dye . owg xsmpai aty nk mntk cple . sorry . sbb 2 owg tk bg dye sygg owg . . "

Bagi orang kita terus lain. Tapi tak tahu lah bagi awak. Orang tak tahu
apa sebab awak cakap macam ni. Tiba2 je dia cakap macam ni. Dan sejak tu orang cuba belajar
untuk buang perasaan yang ada pada awak. Orang tak salahkan awak . Orang yang salah. 
So awak tak payah nak rasa bersalah dengan orang.

Mula2 memang sedih ! Awak sendiri tengok kan orang nangis ? *orang memang tak tahu malu* 
Masa tu memang orang susah sangat nak terima benda ni. Orang tak kuat macam awak.
Orang tetap orang. Tapi apa yang dia buat ni semua betul sebab

"Persahabatan senang nak bertukar kepada cinta, Tapi cinta susah nak menjadi Persahabatan"

Faham kan apa orang maksudkan ? Nak explain panjang2 malas lah. 
hehehe :P

Tapi sekarang orang dah ok . Dah tak sedih2 lagi. Dah boleh senyum ketawa. Air mata pun dah tak 
keluar *kecuali masa orang rindu awak* :')

Selama kita kawan awak tak pernah marah orang. Awak selalu tegor orang bila
orang buat salah. 
Yerk ! saya memang budak degil ! haha :P

Dan orang selalu buat awak kecik hati. Buat awak sedih. Awak tak cakap tapi
orang boleh tahu. ! Awak suka pendam2. Atlist kalau awak cakap orang nampak kesalahan orang.
Mungkin kita akan gadoh. Tapi bergadoh untuk kebaikan tak salah kan ?
So, please lepas ni tak mo pendam2. 


Terima kasih sudi sayang orang . Walaupun orang tak akan dapat tempat dihati awak,
Awak selalu ada kat hati orang. Biarlah sekarang orang sayang dia seorang. 
Mungkin orang bukan permpuan yang baik untuk awak ?
Awak sendiri tengok orang macam mana kan ?
Hmmm..

Terima kasih jugak sebab sudi jadikan orang sebahagian dalam hidup dia.
Orang nak kita share semua apa yang kita ada. 
Ketawa , nangis, marah , geram .
If ada masalah kita boleh share.
Orang nak cakap pendam kadang2 tak elok untuk hati kita.
Bila kita luahkan hati kita rasa tenang.
Even kalau awak tak nak luahkan semua sekali ,
Luahkan sikit tu sudah cukup untuk tenangkan hati dan perasaan awak .




 Sorry kalau orang ada buat salah dengan awak selama kita kawan. Dan orang nak awak tahu
yang orang 

"Tak pernah menyesal kenal awak!"


Satu hari nanti awak akan jumpa orang yang betul2 sayangkan awak.
Yang boleh jaga awak. Yang boleh faham awak.
Yang boleh buat awak happy. Orang selalu doakan kebahagian awak.

Dan terima kasih sekali lagi sudi jadi teman orang
:')

"Sygg awak"

Awak orang ada something nak tunjuk awak nie . 

Tengok nie 
|
|
|
|
|
|
V


Comelkan ? Macam awak . Awak akan jadi 

"MR.HELLO KITTY"

Saya sampai bila2.

#AZIERA MOHD NOR









Nak pergi ke tidak??
25 April 2012 | 0 Possible[s]
Hai kau orang. . Harini aku nak update pasal sambung study aku.
Semalam kan aku check form6 aku . Then aku dapatkan .
Then tadi mama suruh aku pergi !
What ??? Pergi sekolah balik ??


Seriusly ! aku tengah pening. Kenapa perlu pergi sekolah ? Memang aku rindu
nak pergi sekolah . Tapi bukan form6 . Tadi aku bincang2 dengan mama 

"Ma, orang dapat form6 . kt JJ1 . nak pergi ke tak?"

Apa2 pun mesti kena mintak pendapat dia. Diakan mak aku. Mana tau cadangan
dia bagus ke. Hahaha.

"Bila kena daftar ? kau nak masuk tak? kalau nak nanti pergi beli barang sekolah"

Yeah ! dalam hati dah berbunga bunga ni. Mama tanya aku nak ke tak. Memang 
jawapannya tak la kan . Hahaha.
Aku baru je nak bukak mulut mama dah cakap macam ni

"Kak, mama rasa baik kau terima jela form6 tu. Mama takut kau tak dapat mana2 je.
Atlist kalau kau masuk sekolah kau berlajar jugak. Nanti kalau dapat tawaran lain
kau berhenti sekolah. Terima tawaran yang tu."

Seee??? terkejot aku dengar mama cakap macam tu . 

"Hah ? tak nak lah. nanti orang tak ada kawan. Nak kena cari kawan baru lagi
susah lah macam tu."

Aku dah pernah rasa jadi orang asing dalam sekolah. Bosan boleh tak??
Aku tak kenal siapa2 kat situ. Sekolah tu pun aku tak pernah masuk .
Dalam hati memang jap lagi mama bebel kat aku punya la .

"Kau jangan fikir oranglah . Kau fikir diri kau sendiri. Yang nak berlajar tu kau, bukan kawan2 kau.
Kawan boleh carikan. Yang penting berlajar tu ! Kalau tak dapat sambung mana2 macam mana?
Form6 kau tak pergi , tempat lain tak dapat . takan kau nak duduk rumah je?"

Amik kau ! tak pasal2 dengar ceramah free. Seriusly ! aku tension, 
Tapi bila fikir balik apa yang mama cakap tu semuanya betul. 
Dia mak mesti dia tahu apa yang baik untuk anak dia kn?

:')

Mahu Jadi Pelajar Lagi ??
Sekarang dah pukul4.00 pagi. Tapi aku tak tidur lagi.Sebab apa ekh ?
yang penting bukan sebab bola! . Sana sini cerita pasal bola.
Facebook bola . twitter bola . Hope kat blog ni tak ada yang nak cakap pasal bola.
Hahaha

Tengok nie 
|
|
|
|
V


Aku layak masuk form6 meyh ! gila la . Jurusan KEMANUSIAN.
Apa tu ? belajar pasal apa? pasal manusia ke? Hahahah . Seriusly! aku memang tak mampu 
nak bawak form6. Aku tak pandai mana pun. kat sekolah pun tak boleh belajar
apantah lagi form6 ni. Hehe. Semua cakap form6 ni susah . Tapi memang betul pun kan.
Kalau aku tak dapat mana2 memang aku go jugak form6 ni. Redha jela
kena jadi budak sekolah. Hahaha.

Kalau nak masuk kena daftar 8 mei ni.Aku dapat kat 
SEK.MEN.KEB TAMAN JOHOR JAYA 1.
Dekat memang dekat. Tapi tu lah nak kena pakai baju sekolah pulak
Hahaha.
Siapa seyh yang nak pergi sekolah lagi. Aku dah tak sanggup nokk. 
Hahha.

Nantilah kena fikir banyak kali ni. Untuk masa sdepan aku jugak kan.
Kalau kau orang nak check klik kat sini

                                                          Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2012
apps.moe.gov.my

Mana rezeki kau orang kat sekolah kan. Boleh belajar balik kat sekolah
Hahaha.

:)


Mimpi Itu Indah
24 April 2012 | 0 Possible[s]

Good morning semua. Kali ni aku update blog nak share pasal mimpi aku malam tadi.
Bangun dari tidur terus aku capai laptop dan broadband.
Mesti kau orang boleh agak kan aku dah mandi ke belum. Hehehe .
Oke2 sambung kisah mimpi aku tu oke. .
Ehem ..  ehem . . Kisah ni bermula . . 


Aku mimpi dia melamar aku sebagai girlfriend dia! Seriusly! aku tak sangka sampai
mimpi macam ni sekali.
Dalam mimpi tu, dia bawak aku keluar . Dia bawak aku pergi satu tempat tu
cantik sangat , ada rainbow masa tu .
Then dia ajak aku duduk , masa tu aku just diam je, sebab tak tahu nak cakap apa.
Tiba2 dia tanya aku

"Kenapa dia diam je ni? tak kan tak ada benda nak cakap"

Aku macam biasa la, ketawa je bila dia cakap macam tu. Masa tu dia tenung je aku
siapa yang tak malukan then aku pun bersuara

"Jangan lah tengok orang macam tu, Gigit nak? hehehe"

Dia diam lagi, still tengok aku. Dalam hati aku ni dah gelabah semacam ni
tak pernah2 nak tenung aku lama2 . Cair beb aku bila dia tenung aku macam tu.
Disebabkan malu , aku tengok jela keadaan tempat tu, tiba2 dia ambil tangan aku
lepas tu cium! auw! so sweet. Masa tu aku mampu senyum jelakan. Dalam hati dah berbunga
habis ni. Macam nak lompat2 je. Hehe. Then dia bersuara lagi

"Awak , orang ada benda nak cakap ni, mungkin dah sampai masanya
orang bagitahu kat awak. Harap awak boleh terima apa orang nak cakap"

Ish! dia ni nak cakap apa ni. Bunyi macam serius je. Dalam hati dah berdebar debar ni
Macam nak tercabut je nyawa aku. Nak tak nak aku kena dengar jugak. Baik buruk kena redha 
jela.

"Awak nak cakap apa? cakap la, orang dengar :)"

Tiba2 dia bangun dan melutut depan aku. Aku dah pelik gila time tu ! Cuak pun ada.

"Awak, saya tak tahu macam mana nak mulakan dulu, kalau awak terima
saya lah manusia paling bahagia harini, kalau tak saya terima, mungkin saya tak baik untuk awak.
Sekian lama awak, tunggu saya , harini saya nak melamar awak! Sudi tak awak jadi teman hidup saya?"

Perh! aku betul2 still tak percaya ni, Gila la mamat ni . dah lama aku tunggu dia melamar aku.
Macam2 dugaan aku kena lalui dengan dia. Memang berita paling gembiralah.
Mana taknya orang yang aku sayang, yang aku tunggu selama ni
melamar aku.

"Serius ni? Saya dah cukup sempurna ke di mata awak? saya dah cukup baik ke bagi awak?"

Aku memang terkejut gila masa ni. Dia tenung mata aku lama2,
sampai aku pun dah tak tentu arah. Haha.

"Semua manusia tak sempurna. Tapi bagi saya awak dah cukup sempurna di mata saya.
Awak baik sangat dengan saya, awak jaga saya, awak terima saya dengan seadanya.
Bagi saya awak yang paling layak perlu ada dalam hati saya"

Oke! aku dengan tiba2nya meleleh air mata. sedih sangat2, terharu aku dia cakap macam tu.
Saat2 macam ni memang aku dah lama tunggu. Last dia melamar aku jugak.

"Awak nak tahu, orang dah lama tunggu saat2 ni. Tapi orang selalu cakap pada diri orang
jangan mengharap sangat pada awak, sebab awak ramai kawan perempuan. mungkin
antara permpuan2 yang awak kenal tu , ada yang lagi layak dari orang. Orang tak sangka awak pilih orang
untuk jadi teman hidup awak. Terima kasih awak sudi jadikan saya teman hidup awak"

Aku nampak senyuman dia. Comel sangat dia masa tu. 

"Sekarang awak milik saya, saya janji akan jaga awak. dan saya nak awak ingat satu ni
banyak mana perempuan yang saya layan, hanya awak je yang saya sayang.
Hanya awak yang ada di hati saya. Trust me dear!"

Aku masa tu memang dah ta terkata apalah kan. aku hanya mampu senyum je.
Macam lagu senyum tu . senyum tak perlu kata apa2. haha. Aku terharu sangat bila dia cakap macam ni

"Apa2 yang jadi awak tetap saya punya! nyawa awak nyawa saya. hidup saya hidup awak
kita kena share everything yang kita lalui.
tak kiralah dari segi apa sekali pun, Hati awak hati saya, air mata awak air mata saya
jiwa awak jiwa saya."

See?? sweetkan ? hanya tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu.
Tiba2, aku tersedar dari mimpi tu !
Sebab mama bukak lampu bilik nak letak baju.
Ish! mama ni kacau betul la. Baru nak sedap2 mimpi.
Hahaha.


Walaupun hanya dalam mimpi je, tapi aku dah rasa banhagia sangat! Mungkin aku tak kan dapat dia
dapat dalam mimpi pun jadilah kan. 

"Terima kasih awak bagi saya mimpi seindah macam ni"

Dalah ea, aku pun dah malu ni nak story banyak2. haha.
mimpi je kowt ! tapi cerita macam benda ni kenyataan je. Kalau la kenyataan
kan bagus! alahai. . . Sabar je lah kan.
Hehehe.

:)

Bagi Saya . . Awak Adalah . .. . .
23 April 2012 | 0 Possible[s]

Malam tadi dia says :

"Bila rindu.. Aku berharap agar dapat mimpi kamu..
Supaya tidurku dalam keadaan terubat akan kerinduan
Mmuuaahhx! :*
Aku mintak maaf atas silap ku.."

Sweetkan ayat dia? hehehe . 
Dia memang jiwang tapi romantik. tapi aku ni mana lah 
suka jiwang2 ni. hahaha. Sekali skale layan
boleh tahan jugak jiwang ni, Hahaha..


Bagi aku dia umpama bintang dalam hidup aku.
Sebab dia datang dalam hidup aku dan terus 
bawa sinar yang cantik dalam hidup aku.
Yeah !
Awak bintang hati saya walaupun saya tak kan 
dapat tempat di hati awak.
:')


Bagi aku dia umpama belon yang berterbangan dalam hidup aku.
Dia datang masa KAMI memerlukan antara satu sama lain.
Awak datang dalam hidup saya bila saya perlukan someone
Awak terbang bila awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak
Saya tetap tak kan lepaskan hati saya terbang.
:')


Bagi aku dia umpama api dalam hidup aku.
Kadang2 dia suka sakitkan hati aku , kecewa kan aku
tapi aku tahu dia tak ada niat macam tu pun.
Awak selalu bakar hati saya dengan perbuatan awak
Tapi awak lah yang padamkan api tu dalam hati saya
:')


Bagi aku dia umpama bantal tidur aku.
Masa tidur adalah amat bahagia bagi aku
Sebab masa tidur dia selalu datang dalam mimipi aku
mimpi itu semua sweet2. 
Awak selalu datang dalam tidur saya
awak selalu kejut saya bangun pagi 
hari2 saya jumpa awak tengok awak
tapi saya tetap rindu dekat awak 
:')


Bagi aku dia umapama ice cream.
Sebab dia pandai mencairkan hati aku dengan kata2
dan layanan dia.
Awak selalu cairkan hati saya
even kata2 tu hanya dalam mesej.
Kata2 awak manis macam ice cream 
yang awak pernah bagi kat saya.
Disebabkan kata2 aw2ak jugaklah
saya hilang awak
:')


Bagi aku dia umpama hati aku.
Sebab dia dah berjaya buat aku jatuh hati pada dia
selepas 3tahun aku sendiri.
Awak terima kasih buat saya jatuh hati kat awak
walaupun saya hanya bertepuk sebelah tangan
tapi saya bahagia jadi sebahagian dalam 
hidup awak
:')


Bagi aku dia umpama warna dalam hidup aku.
Sebab dia selalu ceriakan hari2 aku dengan 
kata2 dia.
Awak datang dalam hidup saya
masa hidup saya gelap
sekarang awak dah warnakan balik hidup saya
terima kasih awak.
Saya hargai awak 
:')


Dan saya nak awak tahu
nama awak tak pernah lepas dari bibir saya
apa saja benda yang saya buat
saya akan sebut nama awak.
Saya tak pernah menyesal kenal awak
even awak dah buat hati saya
terluka sekalipun.
:')

:')

Jumpa AWAK
21 April 2012 | 0 Possible[s]
CAAKKKK !!!


Muka minah ni mesti 
nak ada kan?
of cos lah.
Blog aku 
suka hati akulah
nak letak 
gambar aku
HEHEH..

Aku suka gila dengan 
lagu
AKU SUKA DIA

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

# Korus
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

# Korus
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

# Korus
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…

Siap copy lirik lagi tau
HEHEHE.
Before tidur aku 
mesti dengar lagu ni

Lagu ni ada kena mengena 
dengan aku & di DIA.
Tapi dia tak tahu
semua ni
HEHEHE.

Kalau dia tahu 
malulah saya
>.<

CAAAKKKKK !!



Hahaha
Muka tayah gedik sangat
budak ni.

Budak ni kalau nak datang rumah
tak reti nak bagitahu
ikut sedap tekak dia je
nak terjah aku.

Dah lama tak snap 
gambar dengan budak nie
Dia bukan kawan
but..
Dia teman aku.

:)

Awak Dah Kembali
Happy gila aku harini
Dia dah macam yang
mula2 aku kenal.
Tadi kat tempat kerja
mesej2 aku.
HEHEHE..

Tadi masa balik kerja
dia suruh aku call dia
dah lama tak gayot
aku tak kisah lah kan
call lah dia.

Dia sweet gila boleh ??
panggil aku sayang2
ajak manja2
serius!
aku rindu dia yang dulu
Tapi pelik..
kenapa dia berubah macam 
tu sekali??

Dia dah tak merajuk lagi
dengan aku
tadi time call pun
dah gurau2.
dah gedik2.
HEHEHE.


Sayang awak !
tak dapat cium betul2
dalam gambar pun jadilah.
Thanks buat orang happy.

:)

Kenapa Macam Ni Pulak
20 April 2012 | 0 Possible[s]
Tadi aku tunggu dia balik kerja
selalu dia mesej aku
aku tunggu dia sampai tertidur
Pukul12 lebih aku 
mesej dia . 
Tapi dia tak jawab
mungkin dah tidur lah tu
dalam setengah jam 
macam tu dia 
mesej .

Biasalah kali nie
mesej memang aku 
je kena ngajeng.
Aku still sabar
tapi bila geram tak lepas
mula lah nak nangis.

Aku memang terasa dengan 
mesej dia yang ni 
"Kenapa dia selalu sakit hati
kat orang ekh?
orang ok je"

Sedih boleh dia 
cakap macam tu .
Aku tahu lah selama ni pun
aku tak pernah buat baik dengan dia
tak pernah jaga hati dengan perasaan dia
selalu tuduh dia macam2.
selalu fikir dia bukan2.
HmMm..

Dia cakap macam aku ni tak ada
HATI & PERASAAN JE!

Betul ke selama ni aku
tak pernah buat baik langsung
dengan dia??
Selama ni pun
aku yang hegeh2 kat dia.

Seriusly!
hati aku dah cukup sakit
dengan apa yang dia buat.
air mata aku
sampai dah kering untuk dia.

Salah aku ke?
Dia layan aku baik sangat
EX aku pun tak pernah
layan aku sebaik dia.
Ex aku pun tak pernah
nangis untuk aku.

Bagi aku dia lelaki
lain dari yang lain.
Salah aku jugak
tak pandai pujuk dia.
Aku ni memang teruk.
Memang tak layak dapat
dia.

Tak apa,
biar aku simpan sayang aku pada dia
dalam hati.
Aku nak belajar lupakn dia
tak nak ingat dia.
Tak nak rindu dia.
tak nak kacau dia.
Dia lebih bahagia 
dengan perempuan lain 
daripada aku.

Tak guna kan nak menyesal 
sekarang.
Benda dah jadi
aku terima
walaupun susah nak lupakan dia.
Lepas ni tak boleh nak gurau2 dengan dia.

Bila dengar lagu
BILA AKU JATUH CINTA
Mesti ingat kat dia.
Dia pernah nyanyi lagu ni untuk 
aku.
Sweet kan??

Kenangan yang berharga dalam hidup aku :
-kenal dia-
-kawan dengan dia-
-hangout dengan dia -
-mesej dengan dia-
-rindu dia-
-sayang dia-
-suka dia-
-manja2 dengan dia-
-gurau dengan dia-
-nangis untuk dia-

*kalau boleh semua
dialah yang berharga.


:')


DIA Merajuk
19 April 2012 | 0 Possible[s]
Oke semalam aku keluar
dengan dilah
Then sebelum keluar
aku tak bagitahu DIA.
Tak ada niat langsung
nak buat DIA merajuk 
or sakitkan hati DIA.

Masa DIA mesej aku 
aku still dalam wayang
fon silent so tak dengar
aku reply terlambat 
10minit.

"Dia buat apa tu?"

"Hai sorry late, hehe.
dia buat apa?"

"Orang tanya dia, dia tanya orang.
sorry lah ganggu :')"

"Apa ni, tak baik cakap macam tu. .
orang baru lepas makan. Dia buat apa?
:*"
*padahal kalis nie,
takut nak cakap
dalam wayang.

"Dia kata nak keluar"

See, nampak sangat DIA 
Tak tahu yng aku dah keluar
padahal aku dah update 
status kak FB.

"Memanglah. tadi orang tengok wayang,
dalam wayang ni semua couple.
sweet boleh? :)"

Masa nie dah redha jela
apa nak jadi,
jadilah.
Ceh ! padahal
dalam hati dah pucat gila
HUHUHU..

"Untunglah keluar tak bagitahu..
ingatkan belum keluar.
huhu..
sorry kacau.
bye..
dia jalan lah dulu ea :)"

"Dia marah orang ea?
oke orang salah.
nanti balik orang pujuk dia ea..
tunggu orang balik ea.
sorry sayang"

Terus tak ada satu mesej
dari DIA lagi.
Balik je terus mesej DIA

"sayang :'("

DIA diam lagi
then aku tertidur
seriusly!
aku penat sangat.
bangun tidur 
aku mesej DIA lagi

"Dia marah orang ke?
sorry ea.. tadi balik orang terus tertidur.
janganlah marah.
orang bukan taknak mesej dia..
orang takut dia bz je..
jangan marah ea :("

Lama aku tunggu DIA 
reply
tapi tak reply2.
Aku call DIA 
banyak kali 
tapi DIA reject2
sedih boleh ??

"Angkatlah sayang oi.
besar sangat ke salah orang?
dah taknak kawan orang ea?
janji taknak tinggalkan orangkn? sampai hati buat macam ni
:'("

"Oitss. jangan gedik sangat boleh tak?
orang merajuk dala tak pujuk.
siap boleh tertidur lagi :)"

Amik kau !
setepek ayat ngajeng dari DIA
oke fine!
sabar lagi
memang salah aku pun.
Aku ingat DIA block 
aku kat FB
rupanya DIA 
deactivekn FB 
Ada maslah kat 
tempat kerja.

"Macamni la perempuankan :)
suka tuduh2!
orang merajuk dengan dia
dia buat dang je.."

Puas aku pujuk mamat ni
tapi DIA still diamkan 
diri DIA
Aku memang bab pujuk2 ni
fail habis!
Aku try pujuk DIA 
tapi satu mesej pun DIA 
tak jawab dah.

Bila tengok kat FB
status semua 
ngajeng2 aku je
Bila dah pukul1pg 
macam tu 
baru DIA jawab mesej
Tengok !
boleh pulak tidur lambatkan
selama ni tipu aku ke apa?
cakap ngatuk bagai
tu tak kisah sangatla
malas nak paksa2 DIA.
HmmMm..

DIA tengah merajuk
then aku pujuk
DIA boleh ajk gurau2
hati aku panas gila dengan DIA!
Kebetulan malam tu
perut aku sakit sangat 
sebab minum air gas je satu hari
aku tidur lah
semua mesej2 DIA 
aku tak reply.

"Orang matikan fon ok
so, senang dia..
orang tak kacau dia lagi.
die pn aman je.
orang patutnya sedih
tapi orang tetap happy 
depan dia..
sorry kalu sakitkn hati dia..
tak apa tak payah halau orang n
tak perlu diam diri..
orang pergi sendiri..
Thanks sudi layan saya..
hope awak jumpa lelaki yang baik
good night
malam ni saya tidur sorang
jawabnya :')"

Terus aku bangun duduk
tak suka betul tengok ayt2 dia
hmm
aku jawab semua mesej2 DIA 
tapi satu pn tak delivery!
Mintak2 lah balik kerja ni dia
mesej aku
jangan lah merajuk lagi
seksa aku dibuatnya..

:'(

Date With Kak Long :)
Oke semalam aku pergi
date dengan kak long aku
(Adilah)
Semalam penat sangat
sampai tak 
sempat nak update blog
Hehehe . .



Nampak tak kak long aku buat apa??
HAHAHA.
Sampai jusco terus 
cari toilet.
Nak setting rambut katanya !
Mengamok gila minah ni semalam
dengan pakcik teksi tu
disebab kan pakcik tu bukak  
tingkap 
rambut dia tak cantik.
HAHAHA



Siapa ekh budak nie??
HAHAHA.
Cantik tak ??
Ni first time aku 
keluar pakai seluar
dengan blous macam nie
selalu dengan legging bagai
Simple je aku semalam
sebab tak tahu nak pakai
baju apa.
HEHE



Minah nie pakai baju macam ni semalam
bila tengok wayang
kesejukan semalam
HAHAHA.
sengal kau nokk !



Bila jumpa cermin
macam ni lah jadinya
HAHAHA.

Semalam ada JCARD!
Tapi baju semua
macam taik !
Cari semua tak berkenan
dilah dapat beli kardigen
aku bili baju tidur 
first night
HAHAHA.



Untunglah kak long aku ada pakwa!
HAHAHA.
untug jugak pakwa kerja 
jusco.
Boleh date kejap kan ??
HEHEHE.


BTW,
Thanks dilah teman aku 
jalan2.
Aku sayang kau lah
aku tak sayang iya dengan sue
sebab diaorg tak nak 
teman aku.
HEHEHE.

Dilah ingat lagi tak 
ayat nie
"kita tahulah rambut kita tak
kempong2"
HAHAHA.

:)


Newer Post
Older Post